Isu Armada: PPBM Tampil Ke ROS Minggu Depan
JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersedia disiasat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) minggu depan berhubung pelbagai isu termasuk berkenaan penggunaan istilah Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang didapati tidak terkandung dalam perlembagaan parti tersebut.
Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang ditemui media di sini hari ini berkata ROS telah menghubunginya baru-baru ini untuk memintanya tampil memberikan keterangan, Selasa depan.
“Sebagai setiausaha agung, kita akan beri kerjasama kepada pihak berkuasa untuk melihat perkara-perkara yang dibangkitkan oleh mana-mana anggota,” katanya sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat bulanan PPBM peringkat negeri di Pejabat PPBM Bahagian Johor Bahru, di sini.
Beliau mengulas beberapa kemelut yang melanda parti itu akhir-akhir ini termasuk hal diberi kata dua oleh ROS, sama ada untuk menyelesaikan segera masalah penggunaan istilah Armada atau berhadapan tindakan pertubuhan itu dibatalkan.
PPBM juga didakwa telah memecat beberapa anggota Armadanya sehingga menyebabkan ada aduan dibuat kepada ROS.
Selain itu, terdapat aduan daripada anggota yang bertanyakan mengenai status pengurusan PPBM kerana mesyuarat agung sehingga kini, belum dilaksanakan.
Kata Shahruddin, PPBM tidak akan menghalang mana-mana anggotanya daripada membuat aduan kerana itu adalah hak mereka.
“Saya tak boleh nak kata apa. Ini hak anggota. Negara mengamalkan demokrasi, jadi kita amalkanlah itu.
“Namun, saya berharap apa-apa permasalahan yang berlaku di peringkat bahagian harus dilaporkan kepada kita (kepimpinan tertinggi) dahulu supaya tindakan susulan dapat dilakukan mengikut peraturan dan perlembagaan parti,” katanya.– BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yqrSUa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment