Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bantuan petani P Pinang, Kedah akan disegerakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bantuan petani P Pinang, Kedah akan disegerakan

DUNGUN: Bantuan kepada petani di Pulau Pinang dan Kedah yang terjejas akibat banjir akan disegerakan sebaik perincian akhir selesai dilaksanakan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata kerajaan akan menilai kerugian dialami sebelum bantuan disalurkan kepada mangsa yang dikenal pasti. 

"Pihak kementerian sudah membuat lawatan dan siasatan serta membuat anggaran kerugian. ..kini sedang buat perincian akhir sebelum bantuan diberi.

"Perincian ini kita buat kerana tidak semua pesawah perlu diberi pampasan kerana ada setengah daripada mereka belum melakukan kerja penanaman," katanya selepas Majlis Ramah Mesra bersama penduduk di Bandar Ketengah Jaya, di sini, hari ini. 

Ahmad Shabery berkata, pihaknya bimbang kerana bencana banjir itu dijangka akan berulang selepas Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran gelombang ketiga dan seterusnya. 

"Kita juga akan memberi bantuan kepada golongan nelayan sekiranya ada laporan yang menyatakan mereka perlu diberi bantuan akibat bencana yang sama," katanya. 

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini mengumumkan bantuan RM9.3 juta kepada 5,941 pesawah untuk tanaman semula padi. 

"Bantuan tanaman semula itu membabitkan seramai 5,547 pesawah dengan keluasan seluas 9,680 hektar di Pulau Pinang manakala di Kedah membabitkan 394 pesawah dengan keluasan 835 hektar," katanya. 



Sumber Bantuan petani P Pinang, Kedah akan disegerakan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i3crLm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.