Sering Tayang Badan, Gay Tertarik Dengan Qabil
BAGAIKAN sudah menjadi kebiasaan pula, jika artis lelaki yang sering memuat naik gambar mereka sedang ‘beraksi’ di gimnasium, pasti akan menjadi ‘mangsa’ golongan gay.
Bagi pendatang baharu, Mohd Qabil Ramaruzaman, dia mengakui bahawa sering menerima banyak mesej berbaur lucah menerusi akaun Instagram miliknya.
Qabil, 30, atau lebih senang disapa Abil mengakui bahawa kebanyakan mesej diterimanya itu merupakan mesej peribadi yang menawarkan pelbagai pekerjaan kepadanya semata-mata untuk mengenali dirinya dengan lebih rapat.
“Dalam sepuluh mesej masuk, tujuh daripadanya pengikut lelaki sejenis yang ingin berkenalan. Ada juga cuba menawarkan saya untuk membintangi drama dan jadi model pakaian mereka.
“Namun, apabila saya menolak permintaan… mereka pun senyap sahaja bersama tawaran itu,” ujar Qabil kepada mStar Online.
Sebagai seorang selebriti, dia pasti akan cuba untuk menolak tawaran berkenaan dengan cara baik agar dia tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Kini, Abil baru sahaja selesai mengikuti kelas lakonan bersama dengan pelakon hebat, Fauziah Nawi.
Dengan kemunculan ramai pelakon baharu, membuatkan dirinya sedar bahawa dia perlu bersaing dengan barisan pelakon yang sedia ada di dalam industri ini.
“Ramai sangat pelakon saya baru macam saya, jadi saya ambil inisiatif untuk pergi ke kelas-kelas lakonan agar tidak nampak kosong.
“Saya akui dalam cerita Raisha saya agak kaku kerana drama itu adalah drama pertama saya. Babak pertama saya perlu berdialog dengan Diana Danielle, memang mengigillah lutut,” tambahnya.
Abil juga sebelum ini pernah muncul di dalam beberapa drama, antaranya Cik Serba Tahu, Shhh… I Love You dan banyak lagi.
Terkini, Abil sekali lagi bakal keluar dengan drama terbaharu lakonanya iaitu Syurga Yang Kedua dan Sejadah Untuk Dia yang bakal ditayangkan di Astro Oasis tak lama lagi.
Harapnya lepasni dah tak ada lah dengar lagi berita mengenai artis lelaki yang sering dapat mesej lucah daripada peminat ni.
Peminat lelaki dan perempuan ni sama je, tapi kadang-kadang ada yang sanggup buat fake akaun semata untuk menghantar mesej mengarut mereka tu.
Makin pelik betul manusia zaman sekarang ni kan. Sekarang ni dah ramai sangat selebriti lelaki yang dikatakan sering dapat mesej lucah daripada kaum sendiri.
Tak faham betul, dengan sama jantina pun ada nafsu ya. – MYNEWSHUB.CC / AH
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zAHXb8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment