Wisma Putra sahkan wartawan Malaysia dipenjara dua bulan di Myanmar
Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata Mok yang ditahan pada 27 Okt lalu bersama-sama seorang warga Singapura dan seorang rakyat tempatan, dihukum atas kesalahan yang dilakukan menurut Akta Lapangan Terbang Myanmar 1934.
Menurut kenyataan itu wakil Kedutaan Malaysia di Yangon telah melawat Mok dan wanita tersebut dilaporkan berada dalam keadaan baik."Kedutaan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Myanmar serta Kedutaan Singapura dan Turki di Myanmar bagi memantau dan memberi segala bantuan yang diperlukan kepada rakyat masing-masing yang terlibat," katanya.
Wisma Putra juga mengulangi ingatan akan keperluan rakyat Malaysia memahami sepenuhnya undang-undang dan peraturan negara tuan rumah sebelum melakukan lawatan selain berusaha mematuhinya.
Mok, wartawan stesen penyiaran Turkish Radio and Television, ditahan oleh pihak berkuasa Myanmar kerana didakwa merakam video bangunan Hluttaw (bangunan Parlimen) di Nay Pyi Taw, Myanmar menggunakan dron tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mdZkvc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment