Hi! Welcome Back and Stay Tune! BAH gempur 700 pusat pelacuran, 615 pusat judi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BAH gempur 700 pusat pelacuran, 615 pusat judi

KUALA LUMPUR: Lebih 700 pusat pelacuran dan 615 pusat judi atas talian telah digempur menerusi Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) di sekitar ibu negara.

Ketua Penyelaras Ops BAH Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Azman Mahmood berkata setakat ini, nilai rampasan mesin judi atas talian mencecah RM17.8 juta melalui serbuan ke atas 615 pusat judi tersebut.

Menurut beliau, pihaknya mengesan 1,086 pusat hiburan di ibu negara beroperasi secara haram selain menyediakan kegiatan tidak bermoral.

Malah katanya Bukit Bintang merupakan lokasi premis paling tinggi diserbu dan sita iaitu lebih 1,000 buah.

"Kita berharap usaha ini akan diteruskan dengan kerjasama 27 agensi dan 18 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membanteras kegiatan tidak bermoral hingga ke akar umbi.

"Bagi kesalahan melibatkan kegiatan tidak bermoral kita akan serahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) manakala jika melibatkan kes dadah kita akan bawa ke mahkamah serta pusat pemulihan," katanya kepada pemberita selepas operasi di Bukit Bintang dan Kepong malam tadi.

Tambah Azman, bagi operasi malam tadi, sebanyak empat pusat hiburan digempur kerana didapati beroperasi lebih masa sehingga jam 2 pagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jh7DFH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.