Hi! Welcome Back and Stay Tune! TMJ Ambil Tanggungjawab Atas Kekalahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TMJ Ambil Tanggungjawab Atas Kekalahan

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan 4-1 skuad Harimau Malaya dengan Korea Utara dalam aksi Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 di Buriram, Thailand, semalam.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan FAM sejurus aksi tamat lewat malam tadi, menyatakan kesediaan untuk mengambil tanggungjawab penuh terhadap kekalahan skuad bimbingan Nelo Vingada itu dan kekalahan seterusnya pada masa akan datang.

Bagaimanapun, katanya, satu mesyuarat bersama Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo bakal diadakan sebaik skuad negara pulang bagi membincangkan satu kaedah penambahbaikan dari segenap aspek buat pasukan kebangsaan.

Prestasi skuad kebangsaan sejak di bawah pucuk pimpinan baharu FAM pada Mac lalu dilihat seakan tiada peningkatan apabila sehingga kini gagal merekodkan walaupun satu kemenangan dengan lima kekalahan dalam tujuh aksi di peringkat antarabangsa.

Statistik tersebut turut menyaksikan pengendali Vingada bakal menjadi antara jurulatih yang mempunyai rekod terburuk dalam sejarah bola sepak Malaysia jika gagal meraih satu kemenangan sehingga hujung tahun ini.

Bagaimanapun, Nelo mampu mengubah rekod tersebut selain menghidupkan kembali peluang skuad negara layak ke Piala Asia 2019 pada aksi berdepan Korea Utara dalam satu lagi perlawanan kumpulan B yang dijadual berlangsung pada Isnin depan di Stadium i-mobile di Buriram. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ytE06V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.