Jepun Mahu Perketat Kawalan Media Sosial
TOKYO: Jepun mempertimbang untuk mengetatkan kawalan terhadap media sosial kerana ia sering dijadikan saluran untuk golongan yang tertekan memuat naik status hasrat membunuh diri.
Rancangan itu muncul susulan kes pembunuh bersiri membabitkan sembilan remaja baru-baru ini selepas dihubungi suspek menerusi Twitter.
Bulan lalu, negara itu digemparkan dengan penemuan bahagian tubuh manusia membabitkan mangsa berusia antara 15 hingga 16 tahun di dalam peti sejuk serta kotak peralatan di sebuah kediaman di pinggir ibu negara.
Difahamkan, suspek Takahiro Shiraishi, 27, melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam tempoh dua minggu itu dengan mencari mangsa yang memuat naik hasrat untuk membunuh diri menerusi Twitter.
"Suspek didakwa menggunakan taktik amat kotor untuk menarik dan membunuh mangsa. Dia kemudian menggunakan kemahuan mereka untuk membunuh diri seperti yang dimuat naik di internet," kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga.
Seorang menteri mendesak kerajaan meneliti kaedah untuk mengehadkan akses kepada muat naik sedemikian di media sosial.
"Kita perlu mengambil langkah untuk mencegah kes ini daripada berulang," kata jurucakap tertinggi kerajaan itu sambil menambah bahawa pihak berkuasa juga perlu meningkatkan sokongan terhadap golongan muda yang memuat naik mesej terdesak di internet. - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hsEM0H
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment