Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nasib SJKC Di Johor Akan Terus Dibela – MB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nasib SJKC Di Johor Akan Terus Dibela – MB

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan memastikan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negeri itu terus diberi perhatian dalam setiap dasar yang dirangka memandangkan sumbangan institusi tersebut terhadap pembangunan negeri serta negara adalah besar dan tidak boleh dinafikan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perhatian itu termasuklah penyaluran peruntukan kepada sekolah-sekolah berkenaan.

Katanya kerajaan negeri juga sedang berusaha memastikan sekolah-sekolah terbabit hanya membayar cukai tanah nominal jika terletak di atas tanah yang statusnya ditakrifkan khusus untuk institusi pendidikan.

“Kita juga sedang uruskan tunggakan-tunggakan (cukai tanah) mereka. Ada sebahagiannya kita sudah kecualikan apabila mereka tukar tanah (status tanah sedia ada) menjadi tanah institusi pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Prihatin Masyarakat anjuran Yayasan Sultanah Fatimah di SJKC Johor Jaya, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berharap SJKC akan memberi penekanan terhadap bahasa Melayu yang penting dalam komunikasi antara rakyat Malaysia.

Sementara itu, Mohamed Khaled memuji usaha YSF yang menyediakan barangan keperluan sekolah kepada 4,500 murid dari 166 buah SJKC di seluruh negeri di bawah Program Prihatin Masyarakat berkenaan.

Beliau berkata pihaknya menyalurkan sebanyak RM2 juta kepada yayasan itu tahun ini bagi melaksanakan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat Tionghua.

“Ini pendekatan yang diambil kerajaan negeri dalam menjayakan pembangunan Johor yang inklusif, masyarakat Johor yang prihatin serta untuk membawa muafakat kepada pelbagai kaum.

“Yayasan adalah instrumen yang kita pakai kerana kita percaya berasaskan kemampuan dan kefahaman dimiliki, mereka tahu keperluan-keperluan masyarakat tertentu,” katanya.- BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zBzt3G

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.