Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembangkang Sengaja Politikkan Isu Banjir Untuk Sembunyikan Kelemahan Diri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembangkang Sengaja Politikkan Isu Banjir Untuk Sembunyikan Kelemahan Diri





GERAKAN mengecam tindakan pembangkang cuba mempolitikkan banjir besar di Pulau Pinang dengan memberikan gambaran negatif terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN).



Timbalan Presiden, Datuk Dr Cheah Soon Hai, berkata pembangkang menggunakan media sosial untuk mempersendakan kerajaan Persekutuan kononnya mengabaikan rakyat Pulau Pinang dan lebih prihatin terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

 

Katanya, pembangkang menggunakan media sosial untuk menggambarkan pemimpin mereka, terutama DAP bersungguh-sungguh dan berdedikasi dalam membantu mangsa banjir, manakala pemimpin Barisan Nasional (BN) datang hanya untuk merakamkan gambar.

 

Beliau berkata, pembangkang menggunakan media sosial untuk menutup kesungguhan BN khususnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membantu mangsa banjir.



"Media sosial pembangkang dipenuhi berita palsu yang memberikan gambaran salah seolah-olah kerajaan Persekutuan hanya peka terhadap isu Rohingya di Myanmar berbanding rakyat Pulau Pinang.

 

"GERAKAN memandang jijik percubaan untuk mempolitikkan banjir yang bertujuan menimbulkan kemarahan rakyat. Tumpuan seharusnya membantu mangsa banjir," katanya.



Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita GERAKAN di Menara PGRM di sini, hari ini.

 

Yang turut hadir, Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong; Ketua Wanita GERAKAN, Datuk Tan Lian Ho dan Ketua Pemuda parti itu, Tan Keng Liang.

 

Soon Hai berkata, BN menggerakkan banyak usaha untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Kerajaan Pusat, bersama BN Pulau Pinang dan GERAKAN bekerja sepanjang masa untuk menyalurkan bantuan sebaik mungkin kepada mangsa banjir.

 

Beliau berkata, Jawatankuasa Pusat GERAKAN berjaya mengumpul RM100,000 untuk disalurkan ke pusat pemindahan banjir, selain pembabitan sukarelawan parti di Pulau Pinang untuk membantu mangsa banjir.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zsU6kF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.