Giliran Swansea Malukan Leicester
PEMAIN tengah Swansea City, Jack Cork (kiri) bersaing dengan pemain Leicester City, Riyad Mahrez dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Liberty. – Foto AFP
LONDON: Penyandang juara, Leicester City terus dipalit malang apabila dimalukan Swansea 2-0 pada pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.
Tiba ke Stadium Liberty dengan harapan besar untuk bangkit selepas empat kekalahan berturut-turut dalam saingan liga, Leicester begitupun pulang hampa sekali gus menambah tekanan buat pengurus, Claudio Ranieri.
Beraksi menggunakan barisan terbaik termasuk penyerang, Jamie Vardy dan pemain terbaik liga musim lalu, Riyad Mahrez tidak banyak yang mampu dilakukan The Foxes.
Sebaliknya, prestasi mereka jelas goyah dengan penguasaan tuan rumah yang meledak gol pertama pada minit ke-37 menerusi jaringan Alfie Mawson.
Berpunca daripada tandukan Federico, Mawson yang berada di kedudukan terbaik tidak melepaskan peluang untuk merembat voley untuk menewaskan Kasper Schmeichel.
Ketika permainan babak pertama tampak berakhir tanpa tambahan jaringan, Swansea meledak gol kedua menerusi Martin Olsson berpunca daripada gerakan Gylfi Sigurdsson pada masa kecederaan.
Terdesak dengan keputusan itu, Leicester melakukan dua pertukaran pada permulaan babak kedua dengan mengeluarkan Marc Albrighton dan Christian Fuchs dan digantikan dengan Islam Slimani dan Ben Chilwell.
Begitupun, di sebalik perubahan, tuan rumah terus menguasai permainan namun tiada tambahan jaringan dilakukan untuk kedudukan kekal 2-0 sehingga wisel ditiupkan.
Kekalahan menyaksikan Leicester turun satu anak tangga ke kedudukan ke-17 liga manakala Swansea mendaki tiga anak tangga ke tempat ke-15. – AGENSI
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>
Post a Comment