Hi! Welcome Back and Stay Tune! FAP Lantik Zainal Abidin Untuk Selamatkan Harimau Kumbang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FAP Lantik Zainal Abidin Untuk Selamatkan Harimau Kumbang

GEORGE TOWN: Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) melantik bekas jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan sebagai ketua jurulatih baharu skuad Harimau Kumbang dalam usaha menyelamatkan pasukan itu daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Pada sesi memperkenalkan Zainal Abidin, 54, kepada media hari ini, Presiden FAP Zairil Khir Johari meluahkan keyakinannya akan kemampuan bekas pemain kebangsaan itu membantu Pulau Pinang mengharungi baki musim Liga Super 2017.

“Pelantikan Zainal berkuat kuasa Isnin depan dan saya percaya kita telah menemui seorang ketua jurulatih berpengalaman yang mampu memulihkan kembali semangat pemain serta memastikan Pulau Pinang kekal dalam Liga Super,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Pada majlis itu kerajaan negeri turut mengumumkan dana tambahan sebanyak RM3 juta kepada FAP.

Zainal Abidin mengambil alih tugas jurulatih import Ashley Westwood yang ditamatkan kontraknya Ahad lepas susulan prestasi hambar skuad Harimau Kumbang sejak musim 2017 bermula.

Mengulas pelantikannya, Zainal Abidin yang pernah membimbing Pahang menjuarai Liga Super pada 2004, berkata beliau tidak menjanjikan magik namun akan berusaha sepenuh hati untuk mengubah nasib pasukan Pulau Pinang.

“Saya akan membuat penilaian apabila mula bertugas secara rasmi Isnin ini dan setiap pemain harus menunjukkan prestasi terbaik untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama,” katanya.

Zainal Abidin turut memohon sokongan padu semua pemain, pembantu jurulatih serta penyokong Harimau Kumbang untuk memastikan skuad itu mencapai sasarannya.

Pulau Pinang kini di tangga tercorot Liga Super 2017 dengan hanya mengumpul dua mata daripada lapan perlawanan dan satu-satunya pasukan yang belum mencatatkan kemenangan dalam saingan itu setakat ini.

Sejak menerajui Harimau Kumbang pada November 2016, Westwood gagal menyerlahkan prestasi skuad itu apabila sekadar mencatatkan satu kemenangan iaitu dalam saingan Piala FA, menundukkan MPKB-BRI U-Bes 1-0 pada Februari lalu.

Pulau Pinang bagaimanapun tercicir daripada saingan Piala FA selepas dibenam 1-4 oleh Negeri Sembilan pada pusingan ketiga 11 Mac lalu manakala peluangnya dalam Piala Malaysia 2017 juga malap berikutan prestasi tidak memberangsangkan dalam pusingan pertama Liga Super setakat ini yang hanya berbaki tiga perlawanan.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nKn4qD

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.