Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Masalah Hadiah Enam Emas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Masalah Hadiah Enam Emas

CHEF de Mission Sukan Sea 2017, Datuk Marina Chin (lapan kanan) dan Timbalan Chef de Mission, M.Kumaresan (tengah) bersama sebahagian atlet berbasikal negara ketika lawatan ke venue latihan atlet berbasikal di Institut Sukan Negara (ISN) Bukit Jalil. – Foto Luqman Hakim Zubir

KUALA LUMPUR: Pelumba basikal trek pecut negara percaya mampu menghadiahkan enam pingat emas seperti yang disasarkan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos depan.

Jurulatih trek negara, Junaidi Nasir berkata kebanyakan sasaran pingat diletakkan di bahu pelumba pecut di bawah bimbingannya dan yakin ia mampu direalisasikan.

“Enam emas disasarkan namun bagi saya ia tak ada masalah. Insya’ Allah atlet juga setakat hari ini tidak tertekan malah mereka gembira dan teruja untuk beraksi di Sukan SEA,” katanya selepas lawatan ketua kontinjen negara, Datuk Marina Chin di Institut Sukan Negara (ISN), hari ini.

Katanya, kesemua lapan atlet bimbingannya disenarai berlumba di temasya dwitahunan itu dengan sasaran menyapu bersih empat pingat emas dalam kategori lelaki – keirin, 200 meter pecut, 1 km ujian masa individu dan pecut berpasukan serta dua pingat lagi dalam kategori wanita.

Junaidi berkata, pelumba bimbingannya juga akan kembali ke pusat latihan di Melbourne esok dan dijadual menyertai beberapa kejohanan di Jepun, Taiwan dan Australia sebelum kembali ke tanah air dua minggu sebelum bermulanya Sukan SEA.

Biarpun Malaysia dilihat mampu memenuhi sasaran yang diletakkan, Junaidi berkata pelumba negara bagaimanapun tidak boleh leka dengan saingan sengit yang bakal diberikan Thailand.

Sementara itu, timbalan ketua kontinjen negara, M Kumaresan berkata pelumba basikal negara diletakkan sasaran 13 emas daripada keseluruhan 20 emas yang dipertandingkan dalam sukan berbasikal.

“Sasaran yang diletakkan agak tinggi namun saya percaya perancangan dan persiapan rapi, pelumba kita akan dapat mencapainya,” kata bekas jaguh lumba basikal negara itu yang pertama kali bertemu atlet selepas dilantik sebagai timbalan ketua kontinjen, bulan lalu.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nKzUVM

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.