Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beauty And The Beast: Rani Kulup, Dua Lagi NGO Buat Laporan Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beauty And The Beast: Rani Kulup, Dua Lagi NGO Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR: Kontroversi yang menyelubungi filem tayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia nampaknya belum berakhir.

Dalam perkembangan terbaharu, Bernama melaporkan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis sebagai tanda membantah tayangan filem itu yang dijadualkan bermula 30 Mac ini.

Laporan itu dibuat oleh Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), yang diwakili Abdul Rani Kulup Abdullah; Pengerusi Dewan Ekonomi dan Sosial Malaysia (DESMMA), Mohd Fazil Abdullah dan Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay.

Abdul Rani Kulup berkata, laporan itu dibuat kerana penayangan filem itu bertentangan dengan nilai budaya dan agama yang diamalkan masyarakat negara ini.

“Kami berharap kerajaan akan menghalang filem ini daripada ditayangkan.

“Tayangan filem ini tidak membawa kebaikan kepada generasi muda. Ia membawa banyak kesan negatif kepada masyarakat.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, pada Rabu.

Tayangan Beauty and the Beast sebelum ini ditangguhkan kerana satu ‘babak gay’ yang dipaparkan dalam filem itu.

Lembapa Penapisan Filem (LPF) mengarahkan agar babak itu dipotong, namun Disney enggan berbuat demikian.

Beauty and the Beast akan ditayangkan dengan rating P13, di mana kanak-kanak bawah 13 tahun perlu ditemani orang dewasa.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mXtDSb

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.