“Bertahun Abang Seksa Zahir Dan Batin Awak” – Luahan Suami Menyesal Setelah Isterinya Pergi Dijemput Ilahi
Aku tahu kenapa bini aku lari.
Dulu aku jahat, tidak bekerja, bini aku senyum saja pelihara biawak hidup. Mak aku, adik beradik aku, semuanya benci pada aku. Tapi bini aku tetap hormat dan sayang aku. Bini aku sabar saja aku, maki dan pukul aku. Dia tidak berhenti doakan aku ajar solat, ajar dia Al-Quran sampai aku jadi baik sikit.
Bila aku jadi baik aku memang sayang sungguh kat bini aku. Ye la, mak aku pun tak pernah paksa aku solat dulu. Mak aku pun tak pernah marah aku buat jahat. Mak aku macam tak peduli. Dia buat kerja dia saja, berniaga kedai makan. Sekarang bila aku dah baik sayang anak bini, rajin ke masjid dan ada sikit rezki Allah bagi aku, mak aku pula ambik peranan, dia ajar aku secara halus suruh aku benci bini aku.
Aku tak perasan. Sumpah!
Aku ikut kata mak aku. Kata mak, kau jangan manjakan sangat bini, malu kat orang tengok kau tolong bini buat kerja rumah. Duit kau tu kau simpan. Makan minum pakai la duit bini kau sudah lah. Duit kau jangan boros belanja, simpan bekalan kau tua esok-esok. Padahal bini aku lah yang ada masa aku susah. Masa mak aku buang aku dulu, sampai bini aku meninggal sebentuk cincin pun aku tak pernah beli untuk bini aku sepanjang kahwin sampailah dia meninggal. Kenapa lah aku buta. Kenapalah aku tak sedar semua itu?
Bila aku ada duit aku bagi bini aku sikit saja. Kalau aku dapat untung 1000, aku pandai bagi bini 100 atau kadang 150. Itu saja. Tetapi kat mak aku, aku bagi banyak. Sebab mak aku ni dia pandai bodek aku bila ada duit. Lepas itu mak aku ni jenis tak boleh tengok anak laki dia sayang bini. Mak aku tahu aku suka pukul bini sebab depan mak bapa aku pun aku buat, tapi mak aku tak pernah bertegas pun dengan aku, dia macam seronok pula aku marah maki pukul bini aku. Aku cukup berkira dengan bini dalam soal duit, padahal bini lah yang hari-hari bagi makan pakai aku dengan titik peluh dia duit dia, tak pernah dia berkira.
Bila aku berduit aku kedekut
Satu hari bini aku tiada duit dan anak baru mula sekolah. Biasalah rezeki, ada pasang surut. Aku masa itu ada duit. Korang tau tak, aku sikit pun tak hirau masalah bini aku, dengan anak nak sekolah, bil eletrik berbulan-bulan tidak bayar. Tidak terdetik pun nak bayar. Bila sudah mahu dipotong elektrik, bini aku lah yang bersusah cari duit
Bil rumah mak aku boleh pulak aku bayar. Aku tak hulur kat bini aku duit. Tapi aku hulur kat mak bapak aku. Padahal diorang dah berduit dan tak lah memerlukan sangat. Mungkin bini aku terasa, dua tiga bulan dia nak pergi tu dia layan aku biasa-biasa saja. Bila duit aku dah habis, dia dapat rezki banyak, dia dah tak hulur kat aku macam sebelumnya.
Dia banyak buat kerja sendiri. Tidak bincang dah dengan aku. Aku tak sedar yang dia tu berubah sebab aku. Aku benci dia. Selalu kata aku nak cari bini lain dah. Aku kata aku benci kat dia. Sampai lah dia dah pergi, dia meninggal dunia, dia meninggal secara mengejut. Petang tu kami bergaduh. Aku ni entah lah, bini aku buat dah betul tapi aku nampak juga salah dia. Aku maki dia. Aku nampak dia menangis masa solat. Malamnya lepas solat Isya dia jatuh pengsan.
Allah dah ambik dia dari aku, mesti semua boleh bayang perasaan aku dan tangisan aku masa tu. Selama tiga tahun aku menderita macam orang gil. Kata doktor dia meninggal sebab ada pembuluh darah yang pecah sebab hentakan lama. Aku teringat.adakah sebab aku yang selalu pukul dia dulu-dulu tanpa ehsan. Aku buat bini aku mcm binatang.
Tiada wanita sebaik arwah
Sekarang bini aku dah tiada. Allah sudah ambil bini aku. Sebulan lepas itu anak aku pula pergi tinggalkan aku.aku menyesal sebab tak pernah cuba puaskan hati anak dan bini aku. Aku selalu buat dia sedih tapi dia selalu senangkan hati aku, ikut kata aku. Aku tengking pun dia sabar. Aku pukul dia pun dia maafkan aku. Sudah 5 tahun bini aku pergi, aku pernah kawin lagi tetap cuma bertahan 3 bulan je.
Sumpah, tiada wanita wanita sebaik arwah bini aku. Aku tidak akan kawin lagi. Tiada yang sebaik bini aku.
Sayang. Abang harap sayang ampunkan abang. Hari-hari abang rindu sayang, rindu anak kita.
Abang tahu sayang selalu sakit-sakit di badan, sakit kepala. Sayang selalu tidak sihat. Tetapi abang tidak pernah kisah. Abang biarkan sayang berfikir soal duit dan rumah. Abang biarkan sayang tertekan dengan sikap abang.
Mahu sayang rehat
Kalau sayang kembali pada abang semula.abang janji abang nak bahagiakan sayang. Mahu suruh sayang rehat tanpa fikir hal duit belanja dan semua. Abang nak jaga sayang. Abang tak mahu sayang buat kerja rumah abang nak sayang rehat macam sayang jaga abang dulu. Abang rehat. Abang tak fikir duit ada ke takde ke, yang abang tahu abang boleh dapat abang nak. Terima kasih sayang.
YaAllah. Abang menangis saat menulis ini, sayang adalah cinta abang dunia akhirat. Abang redha ke atas sayang semuanya.
Nur Ain, awak isteri terbaik. Abang sudah jadi bilal masjid kampung kita sayang. Abang dah tunaikan impian sayang untuk jadikan abang bilal dan imam walaupun sayang tak sempat tengok. Terima kasih sayang didik abang kenal Allah.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mVOrOn✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment