Hi! Welcome Back and Stay Tune! Balkisyh Semundur Khan buka gerai tepi jalan tampung pendapatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Balkisyh Semundur Khan buka gerai tepi jalan tampung pendapatan

Pelakon wanita yang cukup sebati menerusi watak Saidatul atau Atul dalam drama bersiri Makcun, Balkisyh Semundur Khan buka gerai untuk tampung pendapatan keluarga.

Balkisyh yang berpendapat trend drama bersiri yang panjang turut menjadi punca kepada kekurangan tawaran lakonan.

“Hari ini, trend drama bersiri agak panjang sehingga berpuluh-puluh episod, jadi jika nama tak terselit, untuk menunggu sesuatu produk baru yang lain memakan masa yang lama.

“Lebih sukar, apabila kita bukanlah dalam senarai nama kegemaran bagi sesebuah saluran televisyen,” katanya.

Lantaran itu, pelakon yang pernah membintangi drama Waris Kasih ini mula mencari pendapatan lain sejak dua minggu lalu iaitu mengusahakan gerai di tepi jalan di Wangsa Maju, bagi menampung kos perbelanjaan harian keluarga.

“Saya ni dah kahwin dan ada tanggungan. Saya tak boleh harapkan pendapatan berlakon semata-mata.

“Pada tahun pertama dan kedua saya masih mampu bertahan, namun selepas masuk tahun ketiga, saya perlu lakukan sesuatu bagi menampung perbelanjaan harian.

“Saya ambil keputusan untuk buka gerai di tepi jalan dan menjual nasi kukus ayam rempah dan laksa seterusnya membantu pendapatan suami.

“Alhamdulillah, walaupun baru dibuka, permintaannya sangat memberangsangkan,” katanya.

Apabila ditanya tentang kerjayanya sebagai seorang pelakon, Balkisyh yang popular dengan drama Mak Cun ini sudah ketandusan tawaran lakonan sejak tiga tahun lalu.

“Ya, memang watak Atul membawa saya ke tahap hingga dikenali. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur.

“Tapi, tanpa sedar, watak itu juga membawa kepada kejatuhan saya. Saya tak ada job,” katanya pada ketika ditemui pada pelancaran siri terbaru drama bersiri Mak Cun dan Mak Cun Mart, baru-baru ini.

Rentetan itu, katanya, ada juga yang mengatakan pelakon drama bersiri Rindu Awak 200% ini sebagai ‘anak emas’ Erma Fatima lantaran kekerapannya berlakon di bawah pengarah ternama itu.

“Saya bukan hanya berlakon di bawah arahan Erma. Tetapi, kebanyakannya cakap begitu kerana kebetulan keluar dalam drama Mak Cun, kemudian berlakon pula menerusi Akulah Balqis diikuti oleh Mak Cun 2.

“Selepas itu, apa yang saya sedar, tawaran lakonan semakin berkurangan dan ini buat saya tertanya-tanya. Mungkin ada yang berpendapat saya pelakon komedi hanya kerana watak Atul,” katanya.

Bukan itu sahaja, katanya, ada juga penerbit dan pengarah bimbang mengambilnya berlakon dan ada juga yang yang menganggapnya sudah bersara dari dunia lakonan.

“Saya masih lagi berlakon. Jangan takut ambil saya berlakon kerana Balkisyh Semundur Khan adalah pelakon versatil.

“Saya masih boleh comeback to normal apabila diberi peluang lagi untuk berubah atau bertukar watak. Saya cuma perlukan sedikit bimbingan. Insya-ALLAH.

“Saya pernah juga bertanya kepada mereka, tetapi mereka pula anggap saya yang tak mahu berlakon,” katanya.

The post Balkisyh Semundur Khan buka gerai tepi jalan tampung pendapatan appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pDOHjg

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.