Hi! Welcome Back and Stay Tune! Untuk Apa Saya Ke Medan-Ayah Benjy - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Untuk Apa Saya Ke Medan-Ayah Benjy

Untuk Apa Saya Ke Medan-Ayah Benjy|“Saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk ke sana (Medan) kerana tidak mampu. Lagipun, untuk apa saya ke sana?” kata Khairil Anwar ZM Rashidi, 65, bapa pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, atau Benjy yang ditahan di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan, Indonesia selepas didapati menyimpan syabu dalam duburnya, Selasa lalu

Khairil ketika dihubungi berkata, dia yang kini menetap di Serendah, Selangor dalam keadaan tidak sihat kerana angin ahmar sejak beberapa bulan lalu.

“€œTidak ada apa yang perlu dijelaskan. Saya juga tidak boleh bercakap lama kerana menghidap angin ahmar,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez ketika dihubungi meluahkan rasa kecewa berhubung perkara itu.

“Ini bukan kali pertama dia ditangkap. Ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada pelakon itu dan dia sepatutnya belajar daripada kesilapan. Namun, nampaknya itu tidak berlaku.

“Lebih menyedihkan, kali ini dia ditahan di luar negara,” katanya.

Menurut Freddie, Karyawan tidak bercadang untuk ke Medan, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.

Katanya, pihaknya juga percaya ia lebih sesuai menjadi pertimbangan pihak keluarga pelakon berkenaan.

“Ini membabitkan undang-undang negara luar. Kami tidak mempunyai kuasa untuk ke sana.

“Saya berharap dia melantik peguam untuk menyelesaikan kesnya dan meminta bantuan keluarga,” katanya.

Menurut Freddie, berita penangkapan ini wajar menjadi pengajaran kepada artis di sini supaya tidak melanggar undang-undang walau di mana saja berada.

The post Untuk Apa Saya Ke Medan-Ayah Benjy appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pH62L0

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.