Hati Vida belum terbuka
Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Vida kesal apabila banyak pihak cuba mengambil kesempatan untuk mengenalinya dengan lebih rapat selepas dia kembali bergelar ibu tunggal.
Vida berkata, dia bosan apabila ramai yang menghantar mesej mahu berkenalan di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.
“Buat masa ini, pintu hati saya belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidup dan lebih selesa bersendirian. Jika ada sekalipun biarlah individu itu sanggup hidup susah dan senang bersama saya.
“Lagipun keutamaan saya kini adalah untuk membahagiakan anak-anak dan perniagaan. Itu saja yang saya fikir sekarang. Tiada masa untuk lelaki buat masa ini,” katanya.
Vida yang ditemui ketika Ulang Tahun Pertama Tonton hari ini berkata, selepas disahkan bercerai talak satu dengan suami, Fairuz Ahmad Zainuddin awal bulan lalu, baru kini dia keluar menghadiri majlis hiburan.
“Ini adalah kemunculan pertama saya selepas ‘terperuk’ di dalam rumah apabila kembali bergelar ibu tunggal.
“Alhamdulillah, saya makin kuat mendepani hari mendatang bersama anak-anak. Saya baik-baik sahaja,” katanya.
Menurut Vida, dia percaya apa yang berlaku terhadap rumah tangganya pasti ada hikmah di sebaliknya.
Terdahulu perkahwinan selama tiga tahun Vida dan Fairuz akhirnya musnah apabila pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Syariah Ipoh, Perak 7 April lalu.
Vida bernikah dengan Fairuz, 39, pada Januari 2014, yang juga perkahwinan ketiga ahli perniagaan itu.
The post Hati Vida belum terbuka appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pEPn81✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment