Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelan Celcom FIRST Kini Membawakan Lebih Banyak Data – 20GB Bermula RM 80 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelan Celcom FIRST Kini Membawakan Lebih Banyak Data – 20GB Bermula RM 80

Suku kedua tahun ini telahpun bermula dan pelbagai syarikat telekomunikasi telahpun memperkenalkan promosi-promosi terbaru mereka. Tahun lepas Celcom telah melakukan satu kejutan dalam menawarkan banyak data untuk pelanggan pascabayar. Tahun ini mereka telahpun mengemaskini penawaran Celcom FIRST yang membawakan dua kali ganda lebih data, pada harga yang sama.

Pelan Celcom FIRST bukan sahaja membawakan penawaran data yang banyak, malah ia turut menawarkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian, dan penggunaan data tanpa had untuk aplikasi WhatsApp dan WeChat. Seperti yang kita sedia maklum, kedua-dua aplikasi ini berpotensi untuk menggunakan data yang banyak, baik dari segi penghantaran fail media mahupun panggilan melaluinya. Justeru tawaran penggunaan tanpa had yang tidak mengganggu kuota data bulanan semestinya satu perkara yang disukai pelanggan.

Jika pada tahun lalu pelan pascabayar Celcom FIRST Gold menawarkan kuota data 5GB pada hari bekerja dan 5GB pada hari minggu, untuk tahun ini mereka telah menggandakan penawaran tersebut menjadi 10GB pada hari bekerja dan 10GB pada hari minggu. Malah ia masih ditawarkan pada harga langganan bulanan yang sama iaitu RM 80 sebulan namun dengan jumlah kuota data bulanan yang lebih besar iaitu 20GB.

Bagi pelanggan pelan pascabayar Celcom FIRST Gold Plus, mereka yang pada asalnya menerima kuota data 10GB pada hari bekerja dan 10GB pada hari minggu, kini akan memperoleh kuota data 20GB untuk hari bekerja dan 20GB untuk hari minggu. Sejumlah 40GB data tersedia untuk pelanggan.

Dan jika anda perlukan lebih banyak data, pelan Celcom FIRST Platinum menawarkan sehingga kuota data 60GB sebulan pada harga RM 150. Pengguna akan memperoleh 30GB data pada hari bekerja dan 30GB data pada hari minggu. Malah pengguna Celcom FIRST Platinum juga akan memperoleh langganan percuma perkhidmatan penstriman iflix selama setahun.

Untuk ketiga-tiga pelan pascabayar Celcom FIRST ini, sekiranya anda ingin menggabungkan kuota data hari bekerja dan hari minggu, anda hanya perlu memilih pilihan AnydayGB dan caj RM 10 akan dikenakan. Selain dari itu perkhidmatan penstriman lagu Yonder turut ditawarkan secara percuma untuk ketiga-tiga penawaran pelan ini, tanpa menggunakan kuota data yang sedia ada.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai ketiga-tiga pelan pascabayar Celcom FIRST yang menawarkan jauh lebih banyak data berbanding pesaing mereka, layari laman rasmi mereka atau hadirkan diri anda ke cawangan Celcom yang berhampiran.

Bertukarlah kepada: Celcom First Gold

Penafian: Advertorial dari Celcom

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pFgpft

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.