Hi! Welcome Back and Stay Tune! Izzmad Cekal bina nama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Izzmad Cekal bina nama

Selama empat tahun Izzmad Harun, 22, memperjudikan nasibnya dalam industri muzik tanah air untuk mencipta nama sebagai penyanyi termasuk meluaskan bakat dalam bidang lakonan.

Namun, laluan yang ditempuhi anak muda ini agak berliku sehingga dia sering bertanya kepada dirinya sendiri, apa lagi yang tidak kena dan apa lagi yang patut dilakukannya?

Mujur penyanyi berasal dari Teluk Intan, Perak ini mempunyai jiwa yang cukup kental untuk berdepan cabaran dan dia juga hanya pekakkan telinga terhadap kritikan negatif terhadap vokal dan mutu lakonannya.

“Ia tidak bermakna saya tidak ambil peduli langsung terhadap kritikan yang dilemparkan tetapi tidak juga terlalu menurut perasaan dengan apa yang diperkatakan orang.

“Apa yang penting sejak mula menjadi penyanyi sehingga sekarang, saya tidak pernah ‘miming’. Setiap orang melalui proses pembelajaran dan anggap diri saya masih belajar. Saya juga sanggup pergi ke bengkel lakonan untuk belajar cara berlakon yang betul,” katanya.

Izzmad yang kini mempromosikan single terbarunya berjudul Selalu Di Jiwa, ciptaan komposer, penulis lirik dan penyanyi terkenal, Hazami Ahmad gembira kerana lagu itu dicalonkan dalam carta Muzik Muzik 32 bulan depan.

“Di mana pun letaknya kedudukan lagu itu nanti, saya tetap bersyukur kerana sebahagian daripada usaha hampir membuahkan hasil.

“Kepada pendengar, jangan lupa muat turun nada deringan lagu nyanyian saya dan juga berharap klip video muzik lagu itu mendapat sokongan daripada peminat di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia,” katanya.

Lagu Selalu Di Jiwa juga pernah digunakan sebagai salah satu lagu tema dalam drama Lara Cinta Ameena arahan Shuhaimi Lua Abdullah.

Dalam perkembangan lain, Izzmad giat menghadiri sesi uji bakat untuk filem, telefilem dan teater. Berkat kerja kerasnya itu, dia diberi peluang membawa watak kecil dalam filem KL Vampire dan baru saja selesai menjalani penggambaran drama 26 episod berjudul Karisma arahan Rodzee Razak.

“Setiap peluang yang datang, saya akan melakukan yang terbaik dan jutaan terima kasih kepada produksi yang mempercayai bakat saya terutama Abang Shuhaimi yang sering memberi peluang berlakon dalam drama arahannya.

“Saya juga amat berterima kasih kepada pengurus, Abang Ianzfaris yang tidak jemu-jemu berusaha mengetengahkan bakat seni saya. Pengorbanannya pasti tidak akan saya lupakan,” katanya.

The post Izzmad Cekal bina nama appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2opjAXD

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.