Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terus mencari Wanita Melayu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terus mencari Wanita Melayu

Pertandingan ratu cantik sering dilihat menjadi landasan terbaik buat wanita muda memburu impian berjaya dalam bidang seni mahupun cabang profesional lain.

Tidak hairanlah pertandingan Pencarian Wanita Melayu anjuran Plaza Shah Alam, Shah Alam turut menjadi tumpuan ramai wanita yang mahu mencari satu nilai tambah dalam karier mereka.

Melihat sambutan hebat yang diterima, Pencarian Wanita Melayu 2017 diteruskan lagi buat kali keempat bagi mencari wanita Melayu yang moden namun masih mendukung ciri-ciri wanita Melayu sejati.

Sebagai nilai tambah, program ini dimeriahkan dengan kemunculan pelakon Yasmin Hani Richardson yang akan tampil sebagai hos pentas separuh akhir pada 29 April dan pusingan akhir pada 6 Mei di Plaza Shah Alam, Shah Alam.

Wakil penganjur, Azura Mokhtar berkata, pertandingan ini terbuka kepada wanita yang sudah berkahwin atau masih solo berusia 18 hingga 30 tahun dengan saiz badan antara S dan M serta ketinggian minimum 160 sentimeter.

“Fokus kami ialah mencari wanita Melayu moden yang bukan sahaja cantik tetapi memiliki kesungguhan dan komitmen tinggi yang diperlihatkan sepanjang pertandingan nanti.

“Kami akan mengambil markah dari segi komunikasi dan pelbagai aspek lagi termasuk kebolehan memasak dan menjahit,” katanya.

Menurutnya, mereka yang pernah menjadi peserta mempunyai kelebihan untuk jangka masa panjang dan lebih yakin diri.

“Ada di antara mereka yang sudah bekerja dan tidak kurang juga masih menuntut di pusat pengajian tinggi.

“Jadi inilah peluang terbaik buat mereka mencari arah untuk masa depan. Banyak peluang yang mereka dapat antaranya menggayakan pakaian rekaan pereka fesyen terkenal dan menceburi bidang seni,” katanya.

Sementara itu, Yasmin menzahirkan rasa teruja kerana dipilih menjadi pengacara dan berjanji menampilkan keistimewaan tersendiri.

“Saya sudah biasa mengacara pelbagai acara tetapi untuk pertandingan sebegini, ini adalah yang pertama. Boleh dikatakan sambil mengacara saya dapat belajar adam resam masyarakat Melayu.

“Program sebegini juga bagus kerana dapat melahirkan wajah baru yang segar dalam apa juga bidang,” katanya.

Pencarian Wanita Melayu kali ini tampil dalam skala yang lebih besar dan meriah. Peserta yang menghantar borang secara online disaring awal dan hanya yang memenuhi kriteria sahaja dipanggil ke sesi uji bakat.

Hampir 1,000 penyertaan online diterima tahun ini sebelum disenarai pendek bagi dua sesi uji bakat yang berlangsung di Kompleks Kraf Malaysia dan Plaza Shah Alam. Juri terdiri daripada Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Hana Elweena (Pemilik Cirgaro Apparel) dan wakil daripada Kompleks Kraf Malaysia.

The post Terus mencari Wanita Melayu appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oQTPk4

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.