Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Membangunkan Teknologi Menaip Menggunakan Gelombang Otak Dan Mendengar Menggunakan Sentuhan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Membangunkan Teknologi Menaip Menggunakan Gelombang Otak Dan Mendengar Menggunakan Sentuhan

Kepantasan menaip adalah berbeza mengikut individu. Sekiranya menggunakan papan kekunci fizikal di komputer, kami menaip jauh lebih pantas berbanding menggunakan kekunci maya pada telefon pintar. Kepantasan jari menaip masih perlahan jika dibandingkan dengan kepantasan berfikir. Oleh itu di F8, Facebook mengumumkan mereka sedang membangunkan teknologi menaip menggunakan gelombang otak.

Mereka mensasarkan dalam masa dua tahun sistem menaip dengan hanya berfikir ini boleh menaip pada kelajuan 100 perkataan seminit. Gelombang otak akan dibaca bagi menaip perkataan terus pada skrin peranti.

Pada waktu yang sama teknologi mendengar menggunakan sentuhan kulit juga turut sedang dibangunkan. Menerusi teknologi ini OKU pendengaran dan penglihatan boleh “mendengar” menggunakan deria sentuhan. Sekiranya tulisan Braille dibaca dengan hujung jari, sistem baru ini akan menggunakan lebih banyak permukaan kulit bagi membolehkan golongan OKU mendengar.

Ahli fizik terkemuka Dr Stephen Hawkings yang lumpuh kerana penyakit ALS menaip menggunakan pipi beliau. Sistem yang digunakan beliau ini amat perlahan. Teknologi yang sedang dibangunkan Facebook ini akan memudahkan insan seperti Dr Hawkings untuk berinteraksi dengan lebih pantas dan normal.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pUgife

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.