Hi! Welcome Back and Stay Tune! Giliran Min Ho masuk latihan tentera - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Giliran Min Ho masuk latihan tentera

Annyeonghaseyo! Teka-teki bila tarikh Lee Min Ho bakal memasuki latihan khidmat tentera akhirnya terjawab.

Pengumuman rasmi itu dikeluarkan agensinya kelmarin apabila bintang The Legend of the Blue Sea itu akan memulakan khidmat mandatori itu pada 12 Mei depan.

Tidak seperti selebriti lain, Min Ho hanya diberi tugasan sebagai pekerja sosial di sekitar Gangnam, Seoul, Korea Selatan.

“Tarikh kemasukan Min Ho sudah disahkan. Memang benar dia bakal memulakan khidmat tentera pada 12 Mei di Gangnam sebagai pekerja sosial,” demikian kenyataan rasmi oleh agensi MYM Entertainment.

Pelakon berkenaan diberi pengecualian daripada tugasan lebih berat memandangkan keadaan fizikalnya yang tidak mengizinkan.

Pada 2006, Min Ho mengalami kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama Jung Il Woo.

Disebabkan kemalangan itu, kakinya terpaksa dimasukkan besi kerana lututnya retak.

Awal tahun ini, khabar angin mengatakan dia bakal memasuki khidmat tentera itu pada Mac atau April.

Bagaimanapun, agensinya menafikan dakwaan berkenaan dan memaklumkan belum menerima surat rasmi.

Dengan pengesahan rasmi itu, Min Ho dijadualkan akan menjalankan tugasan mandatori itu selama dua tahun.

Bagaimanapun, disebabkan Min Ho terikat dengan peraturan ketenteraan, dia akan memulakan khidmatnya sebagai pekerja sosial terlebih dulu.

The post Giliran Min Ho masuk latihan tentera appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oqap96

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.