Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bersaing pikat mentua - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bersaing pikat mentua

Mempunyai tiga menantu wanita dari tiga negeri berbeza dialek, adat dan budaya sememangnya memeningkan ibu bapa mentua.

Realiti sebenar inilah yang cuba ditampilkan menerusi drama bersiri Menantu Bilal terbitan Enuja Production Sdn Bhd.

Drama yang bakal ditayangkan menerusi slot Dahlia TV3 pada Ramadan ini memaparkan kerenah tiga menantu iaitu Marlisa dari Negeri Sembilan, Normala (Pulau Pinang) dan Norain (Terengganu) yang masing-masing cuba memenangi hati mentua dengan pendekatan tersendiri.

Ia dibintangi Amar Asyraff (Rahim), Nazeera Sardi (Marlisa), Syazwan Zulkifli (Rahman), Ruhainies (Normala), Talha Harith (Rashdan), Chacha Maembong (Norain), Idris Md Diah (Bilal Brahim), Elly Suriaty (Mak Esah), Man Raja Lawak (pembantu bilal).

Pengarahnya Zamri Zakaria berkata, Menantu Bilal mewakili konflik dialek dan kekeliruan makna yang sering berlaku membabitkan negeri berlainan.

“Memang ini situasi sebenar yang berlaku membabitkan perkahwinan dengan negeri berbeza, tapi konteks sebenar yang dipaparkan ialah kesungguhan tiga menantu ini mengambil hati mentua.

“Apabila balik kampung, semuanya bersaing untuk cuba meraih perhatian mentua. Cerita ini bukanlah terlalu berat kerana mempunyai unsur komedi dan dramatik tersendiri,” katanya.

Zamri mula terbabit dalam pengarahan sejak 2013 menerusi drama Walau Siapa Pun Aku untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang tercalon dalam Top 5 Anugerah Skrin 2014.

Dia kemudian mengarah cerekarama Neraka Dunia untuk TV3 yang mendapat rating tertinggi dan seterusnya mengarahkan drama komedi Abang Haji terbitan Enuja Production untuk TV3.

“Untuk Menantu Bilal, saya masukkan permainan emosi menantu yang berasa kecil hati kerana menyangka mentua pilih kasih sedangkan hakikatnya layanan yang diberikan sama rata,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran di Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini.

Drama ini menampilkan ramai pelakon dan ini memerlukan Zamri bijak mengatur karakter mereka agar dapat menampilkan lakonan seimbang.

“Memang agak susah terutama apabila babak anak beranak seramai lapan orang berkumpul dalam satu masa. Suasana di lokasi pun jadi riuh.

“Kami tak nak ambil risiko apabila guna pelakon yang memang berasal dari negeri yang ditampilkan. Kalau ambil pelakon yang bukan dari negeri terbabit, nanti jadi isu pula kalau dialek percakapannya lain,” jelasnya.

Selain itu, Zamri turut melakukan kajian sendiri apabila merujuk di Internet untuk mendapatkan loghat negeri ini yang jarang digunakan.

“Biasanya dialek begini hanya digunakan oleh golongan orang tua-tua. Berkenaan cabaran pula, saya hanya berdepan masalah cuaca yang tak menentu sahaja.

“Dalam pada itu, tak dinafikan saya berdepan masalah jadual pelakon yang berbeza. Tapi, kami cuba aturkan sebaik mungkin dan Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan dengan baik,” katanya.

Menurut Zamri, drama ini sebenarnya dicadangkan untuk 20 episod, namun akhirnya dipendekkan kepada 11 episod.

“Mulanya nak dibuat empat menantu daripada empat negeri, tapi akhirnya dijadikan tiga sahaja. Ini pun dah cukup meriah di lokasi.

“Di samping kisah menantu, saya selitkan juga konflik pertembungan bilal dengan pembantunya. Dia seorang yang konservatif manakala pembantunya sering mencari idea untuk mendekatkan golongan muda dengan masjid,” terangnya.

Bagaimanapun, katanya perselisihan mereka bukanlah terlalu serius, tetapi disampaikan dalam bentuk yang lembut dan komedi.

Sementara itu penerbitnya Zainuddin Ismail berkata, pihaknya gembira kerana diberikan tawaran kedua untuk mengisi slot Dahlia.

“Tahun lalu kami tampil dengan drama Menantu Ting Tong. Kali ini kami sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengisi slot ini.

“Alhamdulillah kami dapat barisan pelakon yang kuat dan berikan kerjasama yang baik sepanjang penggambaran,” katanya.

Jelasnya, selain berhibur drama ini mempunyai mesej tersendiri yang boleh diambil oleh penonton dan yakin mampu mencipta ‘trending’ dalam kalangan mereka.

SINOPSIS

Bilal Brahim dan Mak Esah adalah orang yang disegani dan menjadi tempat penduduk kampung mengadu serta mendapat nasihat.

Daripada masalah ayam itik hinggalah masalah bercerai-berai. Semuanya berjaya diselesaikan mereka.

Pasangan ini mempunyai tiga anak lelaki iaitu Rahim, Rahman yang tinggal di Kuala Lumpur, manakala Rashid tinggal bersama mereka.

Ketiga-tiga mereka mengambil keputusan berkahwin serentak dengan pasangan masing-masing yang berasal dari tiga negeri berlainan.

Keadaan menjadi kecoh apabila buat pertama kali mereka menyambut Ramadan dan mengadakan persediaan Aidilfitri.

Menantu ini bersaing bagi mengambil hati Lebai Brahim dan Mak Esah antaranya berebut-rebut memasak walaupun ada di antara mereka tidak tahu memasak dan terpaksa mempelajarinya melalui buku resipi dan pelbagai hal lagi.

Selain isu itu, pasangan ini turut berdepan masalah membabitkan penduduk kampung seperti soal pertentangan idea dalam membuat keputusan mengenai imam jemputan untuk solat terawih, moreh, khatam al-Quran dan soal berapa rakaat solat Tarawih yang patut dilakukan.

Tidak ketinggalan mereka juga berdepan masalah sikap penjual yang tidak mematuhi syarat berjualan ketika Ramadan, masalah mercun dan meriam sehinggalah ke soal penduduk yang makin berkurangan mengerjakan solat Tarawih.

The post Bersaing pikat mentua appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pGuw6V

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.