Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cooler Master Hyper 212 LED Turbo – Kipas Penyejuk CPU Berlampu Merah Menyala Hadir Di Pasaran Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cooler Master Hyper 212 LED Turbo – Kipas Penyejuk CPU Berlampu Merah Menyala Hadir Di Pasaran Malaysia

Jenama Cooler Master agak popular dengan siri penyejuk CPU mereka, dan siri CM Hyper 212 merupakan salah satu daripada penyejuk kipas yang sangat digemari oleh mereka yang mahukan penyejuk yang ringkas, mudah digunakan, dan hadir dengan harga yang berpatutan.

Terkini, Cooler Master mengumumkan kemaskini yang terbaru mereka untuk kipas Hyper 212 ini yang dinamakan Cooler Master Hyper 212 LED Turbo. Untuk mengalirkan haba daripada CPU, penyejuk ini menggunakan empat paip haba yang hadir dengan sirip aluminum yang menyerap haba daripada cip pemprosesan tersebut.

Haba ini kemudiannya ditiup ke udara disekeliling menggunakan dua kipas PWM bersaiz 120mm dengan lampu LED berwarna merah, yang boleh menyokong kedua-dua soket cip pemprosesan terbaru Z270 dari Intel dan AM4 dari AMD.

Pengguna Hyper 212 ini juga boleh memilih sama ada mahu menggunakan penutup atas berwarna merah ataupun hitam. Penyejuk CPU Cooler Master Hyper 212 LED Turbo kini hadir di pasaran Malaysia untuk harga RM179.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oYwRcC

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.