Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rebut hak penjagaan budak pintar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rebut hak penjagaan budak pintar

Tiada siapa terlintas untuk mengangkat kisah perebutan hak penjagaan kanak-kanak pintar ke layar perak.

Namun, itulah yang cuba digarap pengarah filem The Amazing Spider Man dan 500 Days of Summer, Marc Webb menerusi karya terbarunya berjudul Gifted yang bakal menemui penonton seluruh negara pada 27 April ini.

Filem ini mengisahkan kanak-kanak berusia tujuh tahun, Mary lakonan McKenna Grace mempunyai kemahiran luar biasa dalam bidang matematik.

Sejak kecil Mary menetap dengan bapa saudaranya, Frank (Chris Evans) yang mendapat hak penjagaan apabila kakaknya membunuh diri.

Frank mahu Mary menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain dengan menghantarnya ke sekolah awam apabila kanak-kanak itu boleh membangunkan kemahiran sosialnya.

Malangnya, kebolehan Mary menarik perhatian neneknya, Evelyn (Lindsay Duncan) yang mahu mengambil kesempatan di atas kelebihan itu. Evelyn percaya Mary lebih sesuai dengan persekitaran yang menuntutnya fokus kepada perkembangan minda cemerlangnya.

Bercerita lanjut mengenai filem ini, Webb memberitahu, meskipun dia menerima banyak kisah menarik untuk diangkat ke layar perak, hati terpaut selepas membaca skrip kisah Mary.

“Setahun selepas filem The Amazing Spider Man ditayangkan, saya menerima skrip filem ini dan mendapati jalan ceritanya sangat santai dan mempunyai keunikan tersendiri.

“Malah, proses pencarian barisan pelakon juga tidak mengambil masa yang lama. Ia memudahkan proses penggambaran filem ini,” katanya.

Beralih mengenai pemilihan Chris Evans yang tekenal dengan filem adiwira, Webb berkata, bintang itu sangat versatil dan mudah untuk membentuk karakter Frank.

“Saya bertemu dua pelakon untuk karakter Frank dalam filem ini. Ketika bersembang dengan Evans, saya nampak dia bersemangat untuk memegang watak ini.

“Bagi saya, Evans pelakon yang hebat dalam filem Captain America, tetapi sebenarnya dia jauh lebih berbakat apabila mampu menghidupkan karakter Frank dengan baik.

“Malah, dia juga seorang yang lucu. Watak Frank sangat penting kerana dia adalah kekuatan yang akan beri impak dalam filem ini. Jadi saya perlukan sesorang yang kelakar, tetapi pada masa sama mempunyai dimensi emosi selain mampu bekerja rapat dengan kanak-kanak.

“Nyata dia adalah pelakon yang saya cari dan banyak membantu saya mendapatkan aksi yang diperlukan,” katanya.

Evans minat karakter Frank

Meskipun dipuja ramai menerusi watak adiwira, Evans tertarik membintangi Gifted kerana jatuh hati dengan watak Frank yang baik hati dan berjiwa rapuh.

“Gifted adalah naskhah yang saya minat. Ia memaparkan konflik dalaman selain ada kaitan dengan kehidupan kita semua.

“Percayalah filem ini akan menyentuh hati penonton dan ramai akan berasakan watak yang dilakonkan benar-benar wujud. Bagaimanapun, persoalan utama dalam filem ini siapakah yang akan mendapat hak penjagaan Mary,” katanya.

Tambah Evans, dia tidak bimbang apabila ramai bertanya adakah peminat filem Captain America yang mengaguminya akan menonton Gifted.

“Setiap orang ada selera tersendiri. Saya percaya penonton pasti tidak mahu terikat dengan sesuatu watak sahaja. Jika mereka mahu melihat persembahan berbeza daripada saya, filem ini pasti jadi pilihan.

“Lagipun Gifted membuktikan bakat dan kemahiran saya dalam lakonan,” katanya.

Sementara itu, McKenna Grace pula mengakui meminati Evans dan seronok dapat bergandingan dengan bintang idolanya itu.

“Evans individu yang luar biasa dan adiwira kepada jutaan peminat. Saya seronok dapat berada di sisinya,” kata Grace.

Menurut McKenna, sepanjang menjalani penggambaran filem itu dia berpuas hati apabila dapat belajar banyak perkara.

“Kami ibarat sebuah keluarga. Semua pelakon saling membantu dan kami sangat teruja sepanjang penggambaran.

“Banyak masa dihabiskan dengan menyanyi, menari dan bergurau di set penggambaran,” katanya.

The post Rebut hak penjagaan budak pintar appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ooJ86Y

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.