Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Saya memang macam mak dia’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Saya memang macam mak dia’

Baru melahirkan anak kelima November lalu, Sharifah Shahirah tidak mengambil masa lama untuk kembali aktif berlakon dan mengacara.

Pelakon yang mesra membahasakan diri sebagai Shiera ini memberitahu baru selesai penggambaran telefilem Dengan Beetle Kami Beraya Lagi terbitan Dark Wave Pictures untuk siaran TV1.

Istimewa dalam telefilem itu, Shiera melakonkan watak ibu kepada adik bongsunya, Sharifah Sakinah yang sarat hamil ketika menjalani penggambaran.

“Ini kali pertama saya bergandingan dengan Sakinah. Produksi mahu ibu muda dan menawarkan watak ini kepada saya,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran butik Les Nereides di Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Shiera, dia tiada masalah melakonkan watak itu kerana sering melayan Sakinah seperti seorang ibu apabila di rumah.

“Disebabkan Sakinah adik bongsu, saya selalu membebel lebih banyak daripada ibu kami. Jadi, saya tidak rasa kekok apabila menjadi ibunya dalam telefilem ini,” katanya.

Selain berlakon, ibu kepada anak berusia 19 tahun hingga lima bulan ini turut murah rezeki apabila banyak menerima undangan mengacara majlis korporat dan membuat penampilan kempen.

“Apabila saya bekerja, pembantu rumah menjaga anak di rumah. Kadang-kadang, anak sulung turut membantu menjaga adik bongsu mereka,” katanya.

Biarpun pernah mempunyai beberapa pengalaman buruk mengupah pembantu rumah, Shiera memberitahu belum serik dan tetap meletakkan kepercayaannya kepada perkhidmatan itu.

“Daripada anak sulung macam-macam kerenah pembantu rumah dan salah seorang pernah lari dari rumah. Namun, saya sudah lali dan sekarang sudah pandai mengawal keadaan,” katanya.

Jual pakaian lama

Dalam perkembangan lain, Shiera memberitahu sukar menurunkan berat selepas melahirkan anak bongsu bernama Adeena yang kini berusia lima bulan.

“Sewaktu hamil, badan naik 10 kilogram. Ketika pantang saya berjaya turun banyak, namun berat naik semula kerana banyak makan,” katanya.

Oleh sebab itu, Shiera terpaksa menjual pakaian lama yang tidak muat di akaun Instagram peribadinya pada harga serendah RM5 hingga RM200.

“Banyak pakaian yang dijual berjenama dan ada juga dibeli daripada pereka fesyen. Ramai berebut mahu beli kerana saya meletakkan harga murah.

“Kalau simpan terlalu lama pakaian ini akan rosak, jadi lebih baik jual kepada individu yang berminat,” katanya.

The post ‘Saya memang macam mak dia’ appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o5e4gF

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.