Bas MU Kena Conteng Di JB
KESAN contengan yang terdapat pada bas MU di Johor Bahru.
MELAKA: Bas milik Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) yang digunakan oleh pasukan Melaka United (MU) diconteng ketika diletakkan di perkarangan sebuah hotel di Johor Bahru, awal pagi tadi.
Perkembangan itu disahkan oleh Naib Presiden MUSA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti badan bola sepak terbabit, Khairi Anuar Ahmad kepada BH Online, sebentar tadi.
Sambil menyatakan rasa kesal dengan kejadian itu, dia mengesahkan menyedari contengan berkenaan kira-kira jam dua pagi tadi sebaik sampai di penginapan pasukan MU.
“Contengan berwarna merah anggaran sepanjang kira-kira antara tiga hingga empat meter sebelah kiri bas ini adalah pertama kali berlaku ke atas pengangkutan skuad Hang Kancil,” katanya.
“Kalaulah ia tindakan segelintir kumpulan kecil penyokong pasukan lawan, ia boleh ditafsirkan yang MU sudah mula berada dalam radar sebagai salah satu pesaing baru dalam kancah liga teratas Malaysia.
“Ia tidak sepatutnya berlaku ketika tahap bola sepak menuju usaha ke tahap pencapaian yang lebih baik,” katanya.
Sehubungan itu, Khairi mengharapkan kejadian berkenaan tidak akan berlaku pada masa depan terhadap MU atau mana-mana pasukan di mana-mana juga lokasi dan venue perlawanan.
Dia tidak menafikan ia mungkin perbuatan budak nakal.
Apapun, dia yakin kejadian itu tidak akan menggugat fokus pemain MU berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi kesembilan skuad bimbingan jurulatih Eric Williams di Larkin malam ini.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oSi7w8✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment