MotoGP: Hafizh Syahrin Mula Di Petak Ke-14
PELUMBA Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin. – Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Penunggang Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui kesilapan percaturan di awal sesi kelayakan Grand Prix (GP) Argentina yang diganggu hujan, awal pagi tadi memaksanya untuk memulakan perlumbaan di petak ke-14, esok.
Pelumba pasukan PETRONAS Raceline Malaysia itu memilih menggunakan tayar basah pada sesi awal namun ia jelas tidak sesuai dengan keadaan di Litar Termas de Río Hondo sebelum mengubahnya di pertengahan sesi dan mula mempamerkan peningkatan.
Hafizh melakukan 1 minit 46.815 saat (s), ketinggalan 1.199s di belakang pelumba Portugal, Miguel Oliveira dari pasukan Red Bull KTM Ajo yang mengungguli petak pertama.
“Keputusan awal untuk keluar menggunakan tayar basah tidak berjalan dengan baik. Sukar untuk mengukur keadaan air di atas litar kerana hujan,” kata Hafizh.
“Pada penghujung sesi, kami membuat perubahan untuk perlumbaan dalam keadaan yang hampir kering sepenuhnya bagi jentera dan ia dengan pantas bertambah baik.
“Begitupun, keadaan trafik ketika itu agak sesak kerana banyak pelumba di litar dan sukar untuk saya mencatatkan masa sepusingan yang baik. Apapun, saya berharap keadaan cuaca akan menjadi lebih baik esok supaya kami mendapat perlumbaan yang sempurna.”
Sementara itu, seorang lagi pelumba Moto2 negara, Khairul Idham Pawi yang mencipta sejarah di Argentina dengan memenangi perlumbaan Moto3 tahun lalu di sini akan memulakan perlumbaan di petak ke-28.
Khairul Idham berkata, pasukannya Honda Asia masih belum dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika sesi bebas sebelum ini namun mereka tetap kekal positif.
“Kami masih lagi dalam proses untuk menyelesaikan masalah di bahagian depan jentera yang mengganggu sejak kelmarin,” katanya yang diberi jolokan Super KIP.
“Saya yakin dapat menampilkan prestasi yang baik jika saya dapat menunggang dengan selesa.
“Kami akan mencuba sesuatu sebelum perlumbaan dan bersedia untuk perlumbaan,” katanya dengan rakan sepasukannya, Takaaki Nakagami turut bergelut apabila terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-22.
Sementara itu, pelumba tunggal negara yang beraksi dalam kelas Moto3, Adam Norrodin akan memulakan perlumbaan di petak ke-21.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pgkS7m✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment