Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayar Yuran Guna Beras, Telur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayar Yuran Guna Beras, Telur

KETUA Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali. – Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

PUTRAJAYA: Pertandingan futsal anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini menampilkan keunikan tersendiri apabila setiap pasukan yang bertanding perlu membayar yuran pendaftaran menggunakan sekampit beras dan telur.

Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali, berkata ia adalah sebahagian daripada usaha memupuk sikap menderma dan sukarelawan dalam kalangan belia.

“Tiada sebarang bayaran wang tunai dikenakan kepada peserta pertandingan, hanya beras seberat lima kilogram dan sepapan telur yang dikumpulkan daripada setiap kumpulan, yang kemudian akan didermakan kepada rumah amal yang memerlukan.

“Antara rumah berkenaan termasuk rumah perlindungan untuk remaja perempuan yang hamil luar nikah atau menjadi mangsa seksual, keluarga miskin bandar (TEGAR) serta kepada kanak-kanak jalanan sekitar kota raya terutama di Chow Kit,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum perasmian Pertandingan Futsal Belia Berkemahiran Piala 1Belia 1Kemahiran-MBM (1B1K-MBM) 2017 di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, di sini.

Yang turut hadir ialah Presiden MBM, Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin.

Sebanyak 60 pasukan terdiri daripada belia institusi latihan di seluruh negara menyertai pertandingan berkenaan.

Sementara itu, Lokman berkata, selain membabitkan belia menjadi sukarelawan, aktiviti itu juga turut membentuk belia meningkatkan kemahiran serta bekerja dalam pasukan.

“Kita mahu mereka ini menyertai aktiviti berpersatuan kerana ia dapat meningkatkan rangkaian mereka apabila bekerja kelak.

“Kita bukan saja mahu belia pada masa depan mempunyai minat dalam sukan tetapi juga menyediakan mereka dengan masa depan yang mempunyai nilai kemasyarakatan,” katanya.

Juara pertandingan itu akan membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta medal dan piala, tempat kedua wang tunai RM500 beserta medal, manakala tempat ketiga dan keempat pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM300 dan RM200 beserta medal.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oOjE6T

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.