Samsung Galaxy Note 7R Tertiris Dengan Kapasiti Bateri Lebih Kecil
Samsung ingin menjual semula Galaxy Note 7 di beberapa pasaran terpilih dunia. Kesemua peranti yang bakal dijual semula ini adalah unit-unit yang dikembalikan selepas masalah bateri yang meletup secara rawak tahun lalu. Peranti yang bakal dijenamakan semula sebagai Samsung Galaxy Note 7R ini akhirnya tertiris di Vietnam.
Huruf R pada 7R bermaksud refurbished. Tiada perbezaan yang besar pada spesifikasi . Masih lagi dilengkapi skrin 5.7″ QHD SAMOLED, pemproses Exynos 8890, RAM 4GB, storan 64 GB, kamera utama 12-Megapixel f/1.7 dan kamera selfie 5-Megapixel f/1.7. Perbezaan hanyalah bateri kini hanya 3200 mAh berbanding 3500 mAh sebelum ini. Ia turut menggunakan Android Nougat tidak seperti Note 7 asal.
Tidak diketahui pada pasaran manakah Note 7R akan dijual semula. Adakah pembaca Amanz yang masih menyimpan minat untuk memiliki phablet ini atau Galaxy S8+ dilihat sebagai peranti yang lebih berbaloi?
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2obMz1O✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment