Ford Cipta Teknologi Memudahkan Bayi Tidur
Kebanyakan pasangan suami isteri yang baru menerima cahaya mata yang pertama pasti mengalami masalah yang sama, iaitu susah nak tidurkan anak pada waktu malam.
Antara cara penyelasaian yang paling mudah, adalah bawa bayi keluar bersiar-siar dengan menaiki kereta. Dengan cara ini, bayi tersebut secara perlahan-lahan akan lena.
Baru-baru ini syarikat Ford, pengeluar kereta terbesar US mengadaptasikan konsep ini, dan menghasilkan satu ciptaan yang pasti memudahkan ibu bapa untuk menidurkan anak.
Memperkenalkan Max Motor Dreams, sebuah katil bayi yang menggunakan konsep seperti menaiki kereta yang membantu bayi tidur lena. Katil ini dilengkapi dengan bunyi-bunyian seperti di jalan raya, tilam yang boleh bergetar seperti dalam kereta, dan lampu LED seperti lampu-lampu di atas jalan raya. Tonton video di bawah ini untuk dapatkan gambaran penuh:
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment