Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video Pintu Balai Polis Terbuka Sendiri Pukul 3 Pagi Viral - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video Pintu Balai Polis Terbuka Sendiri Pukul 3 Pagi Viral

9 April 2017. 10.00 AM

472

Berita

Video Pintu Balai Polis Terbuka Sendiri Pukul 3 Pagi Viral
Satu rakaman kamera litar tertutup dari sebuah balai polis di Banda Hilir, Melaka tular di laman sosial apabila dua buah pintu kaca terbuka sendiri pada pukul 3 pagi sekitar Khamis lalu.

Kejadian yang memeranjatkan tiga anggota polis sedang bertugas di meja aduan awam itu mula menjadi buah mulut orang awam yang mengaitkan ia dengan entiti mistik.

Menerusi rakaman berdurasi 73 saat yang telah dimuatnaik di Youtube, salah satu pintu kaca yang terbuka sendiri itu pecah.

[embedded content]

Ada pengguna Internet yang mengaitkan kejadian itu dengan pelbagai peristiwa mistik di Bukit Senjuang (kubu lama Portugis).

Namun, ada juga yang mengaitkan kejadian itu dengan kejadian sains membabitkan perbezaan suhu dan tekanan udara dalam bangunan.


Bagaimanapun, polis masih belum mendapat laporan berhubung kejadian terbabit.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata pihaknya belum menerima laporan kejadian tetapi terkejut bagaimana rakaman CCTV berkenaan boleh menjadi viral di media sosial.

“Saya sahkan yang pintu Balai Polis Banda Hilir pecah namun saya belum menerima laporan mengenainya. 

“Kejadian mungkin disebabkan tekanan angin, namun saya masih menanti laporan daripada balai terbabit,” katanya.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Berita Harian

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oem9xK

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.