Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemenang Emas Olimpik, Paralimpik Meriahkan Larian Baton Di Vietnam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemenang Emas Olimpik, Paralimpik Meriahkan Larian Baton Di Vietnam

DATUK M Saravanan (kiri) bersama Hoang Xuan Vinh di Larian Baton Bangkit Bersama sejauh 2.8 kilometer yang berlangsung di Hanoi, hari ini. – Foto ihsan Instagram @khairykj

KUALA LUMPUR: Atlet menembak Sukan Olimpik Vietnam, Hoang Xuan Vinh memeriahkan Larian Baton Bangkit Bersama sejauh 2.8 kilometer yang berlangsung di Hanoi, hari ini.

Hujan renyai tidak menjadi penghalang kepada penduduk setempat yang hadir menyaksikan permulaan larian itu di sekitar Tasik Hoan Kiem.

Berbeza dengan larian baton di lima negara lain sebelum ini, Majlis Olimpik Vietnam menggunakan pendekatan larian dalam taman, mengelilingi Tasik Hoan Kiem sejauh 2.8 kilometer dengan tiga hentian bermula dan tamat di Ly Thai To, monumen pengasas bandar Hanoi, Maharaja Ly Thai Tong.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan berkata Vietnam adalah antara negara Asia Tenggara terbaik dalam penganjuran larian baton sempena Sukan SEA Kuala Lumpur dari 19 hingga 31 Ogos dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur pada 17 hingga 23 September.

“Saya teruja dengan kehadiran penduduk tempatan yang bersemangat tinggi hari ini dan selepas melakukan acara ini di Brunei Darussalam, Filipina, Laos, Myanmar dan Thailand, Vietnam adalah penganjur terbaik.

“Penganjur Kuala Lumpur 2017 mengilhamkan Larian Baton Bangkit Bersama ini untuk memberi peluang kepada penduduk ASEAN merasai bahang Sukan temasya itu yang akan berlangsung di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan media yang disiarkan menerusi laman web rasmi kualalumpur2017.com hari ini.

Pada larian itu, Saravanan menyerahkan baton kepada Timbalan Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam, Le Khanh Hai sebagai simbolik perasmian.

Le Khanh Hai kemudiannya menyerahkan baton kepada pelari pertama iaitu pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016 dalam sukan menembak 10 meter air pistol, Hoang Xuan Vinh.

Turut menyertai larian itu, pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio dalam acara powerlifting kategori lelaki bawah 49 kilogram, Le Van Congg.

Di akhir larian itu, Saravanan kemudian menyerahkan baton kepada Duta Timor Leste ke Vietnam, Pascoela Barreto dos Santos.

Larian Baton peringkat ketujuh akan berlangsung di Dili, Timor Leste 17 April ini.

Larian Baton Bangkit Bersama adalah antara legasi Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017.

Buat kali pertama dalam sejarah penganjuran temasya, baton menjelajah ke semua negara Asia Tenggara dengan Singapura menjadi destinasi terakhir pada 13 Mei nanti sebelum bermulanya Larian Obor ke seluruh negara pada 14 Mei. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oS0kW1

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.