Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hazard, Alonso Kukuhkan Kedudukan Chelsea - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hazard, Alonso Kukuhkan Kedudukan Chelsea

BOURNEMOUTH (United Kingdom): Chelsea memberikan maklum balas yang cukup sempurna kepada Tottenham Hotspur apabila menang 3-1 ke atas Bournemouth untuk terus kekal dengan kelebihan tujuh mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), pagi tadi.

Skuad bimbingan Antonio Conte mendahului lawan seawal minit ke-17 apabila bola rembatan Diego Costa terkena pemain Bournemouth, Adam Smith sebelum menerjang jaring.

Tiga minit kemudian, Eden Hazard terus membuatkan tuan rumah tertekan apabila menjaringkan gol kedua Chelsea melalui gerakan menarik menggelecek penjaga gawang Bournemouth.

Joshua King berjaya merapatkan jurang sebelum tamat babak pertama (minit ke-43), namun Marcos Alonso memastikan Chelsea meraih tiga mata melalui sepakan percuma yang menarik pada minit ke-68 untuk gol ketiga.

Dalam perlawanan awal sebelum itu, Tottenham berjaya merapatkan jurang saingan kepada empat mata selepas membelasah Watford 4-0, namun Chelsea sekali lagi berjaya menjarakkan diri kepada tujuh mata selepas menang ke atas Bournemouth.

Ketika ini, saingan EPL masih berbaki tujuh perlawanan untuk musim ini.

Costa masih gagal menjaringkan gol dalam empat penampilan terakhirnya untuk Chelsea, tetapi Conte menegaskan dia tetap yakin dengan kemampuan penyerang itu yang turut berperanan mencipta gerakan gol.

Dalam aksi pagi tadi, pemain Sepanyol ini terlepas dua peluang menarik apabila gagal menyambung bola hantaran lintang voli Hazard dan selepas itu, sekali lagi gagal menyudahkan bola rendah hantaran Alonso. – AFP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pfhAB1

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.