Dalam membuat sesuatu pinjaman, atau pembiayaan, sudah pasti pihak bank memerlukan beberapa butiran dari kita, untuk memastikan kita layak mendapatkan pinjaman tersebut.
Tidak kiralah dalam membeli kereta, pembiayaan peribadi, atau rumah sekali pun, slip gaji adalah sangat penting untuk pihak bank jadikan sebagai rujukan.
Tapi, bagaimana pula buat mereka yang bekerja sendiri, khususnya untuk membuat satu-satu pembiayaan? Iyalah, sudah pasti tidak mempunyai slip gaji.
Bagi memberi jawapan untuk persoalan tersebut, Puan Marlia Ramli telah kongsikan beberapa langkah, atau cara yang perlu dilakukan oleh kita untuk meembolehkan kita membeli rumah.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
TAK DE PAYSLIP TAPI NAK BELI RUMAH
Ceh! Akak ni selalu cakap citer pasal orang yang makan gaji je. Habis! Kami suami isteri saudagar kuih dan penjual roti jala ni camne pulak? Payslip pun tak de!
Camne kami nak membina harta? Camne kami nak dapatkan kelulusan pinjaman perumahan? Apa daaa akak ni….
Alolo… comelnya lahai saudagar kuih dan penjual roti jala kesayangan akak ni. Baiklah tuan puan yang kacak lagi budiman. Janganlah marah-marah. Wall akak ni hanya dibenarkan hiasan bebunga indah je. Maka sesiapa yang pemarah atau mudah sentap sila follow page retis sana nun.. Ehh! Haha!
Ini ada beberapa cara yang anda boleh pakai jika ingin mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman perumahan sedangkan anda tidak mempunyai slip gaji. Let’s check it out!
1- DAFTAR PERNIAGAAN
Daftar perniagaan anda dengan SSM dan pastikan anda membuat taksiran pendapatan anda dengan LHDN setiap tahun. Ini akan menyakinkan bank untuk memberikan pinjaman. Bank ingin memastikan betul ke perniagaan anda ini wujud dan sejauh mana kapasiti kemampuan perniagaan anda menjana pendapatan.
2- BINA REKOD DENGAN BANK
Ramai yang recommend buat kad kredit untuk bina rekod hutang yang masih suci dan murni. Tapi bagi akak credit card mampu mencemarkan kesucian pengurusan kewangan jika tersalah guna. Maka akak gemar cadangkan anak muda buat ASB Loan sebaik mula bekerja. Jaga rekod pembayaran selama 6 bulan – 12 bulan.
Ada beberapa bank cam Maybank dan CIMB menganggap ASB Loan sebagai pendapatan tambahan. Maka semakin comel la DSR. Pastikan rekod pembayaran cantik kerana bank sentiasa menilai karakter dan disiplin pembayaran. Ini meninggikan lagi peluang untuk bank meluluskan pinjaman perumahan anda.
3- URUSKAN PENDAPATAN SECARA PINTAR
Jika anda ada business sendiri, tetapkan gaji bulanan dan carum KWSP secara konsisten. Elakkan sekadar transfer gaji anda secara online dengan jumlah yang tidak menentu. Ini akan menjadikan bank kurang yakin. Kalau nak lagi cantik, buat payslip dan cop syarikat ke atas payslip sebagai bukti sokongan. Di mata bank, anda memiliki dua pendapatan tetap iaitu pendapatan gaji dan juga caruman tetap KWSP.
4- ELAKKAN PERSONAL LOAN DAN CAR LOAN
Anak muda wajib elakkan personal loan dan car loan sebelum melakukan permohonan beli rumah. Ini akan meninggikan DSR dan mengurangkan peluang untuk bank meluluskan pinjaman perumahan. Dah banyak kali dah akak yang tua ni membebel. Personal Loan dan Car Loan adalah hutang yang kejam dan jahat duhai adik yang pintar lagi budiman.
5- RUMAH PERTAMA ADALAH ALAT PELABURAN
Ramai anak muda mengimpikan rumah bertanah size padang bola sebagai rumah pertama. Tersangat rugi di usia muda menanggung hutang semata-mata untuk impress bakal mentua. Relax2 suda…. Rumah pertama sepatutnya menjadi alat pelaburan. Beli rumah pertama di bawah kemampuan dan sewakan.
Hasil sewaan yang di cop LHDN boleh menjadi pendapatan tambahan. Beberapa ketika kemudian, rumah pertama anda akan menjadi mesin ATM dalam bentuk gandaan. Time tu ikut suka andalah nak beli rumah pelaburan kedua atau rumah bertanah size padang bola.
6- BERSIHKAN REKOD CCRIS
Ingat kancil… Bank sentiasa melihat rekod pembayaran hutang anda selama 12 bulan. Maka, dalam tempoh itu pastikan rekod anda suci murni tanpa rekod lewat bayar. Jangan ada nombor dalam kotak-kotak rekod hutang kecuali nombor “0”. Jika CCRIS terpapar digit selain angka “0”, ini bermakna anda ini sejenis hamba Allah yang kurang pintar mengurus hutang dan juga pendapatan bulanan.
Lagi satu, PTPTN jangan lupa. Klu PTPTN tak bayar, confirm masuk CCRIS. Kalau masuk CCRIS, confirm permohonan tak lepas. Jangan main-main dengan PTPTN. Kecil-kecil cili padi tau!
7- PASTIKAN ADA SIMPANAN TETAP
Setiap bulan, seperti rakan yang makan gaji, anda wajib asingkan simpanan secara tetap. Ini memerlukan anda berdidiplin selama 6-12 bulan. Anda boleh photostat buku akaun sebagai sokongan kepada permohonan perumahan anda. Bank memang sangat memuja pemohon yang memiliki sikap menabung secara berdisiplin.
8- LEBIH MUDA, LEBIH BAGUS
Tahukah anda bahawa bank amat meminati peminjam muda? Disebabkan akak ini tidak pandai, akak selalu menulis ala-ala newbies. Focus pembaca akak adalah Double A dan adik-adik muda untuk membeli rumah seawal usia. Pengalaman akak suami isteri tidaklah banyak sebab kami hanya memiliki beberapa unit rumah sahaja sekarang.
Dulu sebelum usia genap 26 tahun, kami hanya membeli dua unit rumah bertanah. Terasa sangatlah rugi! Sepatutnya dengan ilmu mungkin kami patut memiliki sekurang-kurangnya empat rumah sebelum berusia 26 tahun.
Ini kerana jika membeli hartanah di usia muda, peminjam berpeluang mendapat pembiayaan dalam tempoh maksimum. Maka kadar bayaran bulanan akan lebih rendah dan memberikan peluang untuk kita beli rumah pelaburan seterusnya!
Alamak! Cam biasa la.. lenguh pulak jemari runcing akak ni.. Untuk tatapan anda yang baik hati, kat bawah adalah contoh rekod kewangan si Omar dan Leha yang kacak jelita.
Dan banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan bagi membuatkan bank jatuh cinta dan meluluskan pinjaman perumahan walaupun tanpa payslip. Tentulah ini memerlukan disiplin dan kesungguhan daripada lubuk hati yang paling dalam. Maka akak nak mengundur diri dulu. Insya’allah di masa depan akak akan tuliskan lagi ye.
Ehhh! Sudin dan Tipah menarik muka dan menjeling pula. Alahaiiii… tips di atas bukan semua orang mampu buat kak. Cuba akak bagi kuasa magic untuk buat bank lulus permohonan tanpa perlu bersusah bagai?
Post a Comment