Hi! Welcome Back and Stay Tune! Punggung ditembusi roket - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Punggung ditembusi roket

Punggung ditembusi roket|SANA’A, Yemen 8 April – Seorang lelaki di Yemen telah menjadi perhatian ramai apabila tiba di sebuah hospital dengan keadaan roket yang tertusuk pada bahagian punggung.

Lelaki yang dipercayai menjadi mangsa perang itu amat bernasib baik kerana roket berkenaan tidak meletup ketika kejadian, demikian menurut laporan Mirror Online.

Katanya, kejadian ber­kenaan telah dirakam menerusi video berdurasi 48 saat sebelum dimuat naik ke dalam laman sosial, Live Leak.

Dalam rakaman itu, lelaki berkenaan dilihat berada dalam keadaan meniarap atas katil sementara pembedahan dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah.

 

Difahamkan, pembedahan itu dianggap sukar kerana roket terbabit tidak boleh dikeluarkan de­ngan mudah dan sebahagian daging paha mangsa terpaksa dipotong untuk mengeluarkan roket ber­kenaan.

Roket itu kemudian dibawa keluar dari bilik bedah itu sebaik sahaja pembedahan selesai.

Iraqi Clinical Knowlegde dilaporkan turut menyiarkan kisah yang sama dalam laman Facebook mereka.

Dalam pada itu, lelaki terbabit dikatakan ber­ada dalam keadaan stabil dan bernasib baik kerana kakinya tidak perlu dipotong semata-mata untuk mengeluarkan roket tersebut.

Bagaimanapun, mangsa mungkin terpaksa menjalani satu lagi pembedahan untuk membaiki tulang pahanya yang rosak akibat tusukan roket ber­kenaan.

 

The post Punggung ditembusi roket appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nXdb5J

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.