mangsa kemalangan maut rupanya suami sendiri
mangsa kemalangan maut rupanya suami sendiri|Seorang pembaca berita India mengetahui tentang berita sedih tentang kematian suaminya sendiri ketika dia membaca laporan kemalangan ketika bersiaran langsung.
Supreet Kaur, 28, sedang melaporkan untuk IBC24 di Chhattisgarh, timur India pada pagi Sabtu.
Dia menyampaikan laporan berita terkini mengenai satu kemalangan dan berbicara dengan seorang wartawan menerusi telefon yang memberitahu butiran kemalangan terbabit.
Biarpun wartawan itu tidak menamakan ketiga-tiga mangsa lain yang terlibat, tetapi butiran yang diberi cukup untuk membuat Kaur sedar bahawa suaminya, Harshad Kawade, terbunuh.
Kaur mengetahui suaminya sedang melalui jalan yang sama bersama rakan-rakan lain di dalam kereta yang sama seperti dibutirkan di dalam laporan – sebuah Renault Duster.
Bagaimanapun, Kaur tetap mengekalkan sifat professionalnya dan terus membaca berita-berita lain untuk sepuluh minit seterusnya sebelum mengalirkan air mata selepas kamera dimatikan.
Rakan sekerja kagum bagaimana ibu berusia 28 tahun itu mengawal keadaan.
Seorang editor memberitahu Indian Express: “Ini menunjukkan sifat professionalnya terhadap kerja sehingga dapat meneruskan (membaca berita) dan tenang selama 10 minit.
“Apabila kamera ditutup, dia mula menelefon saudaranya dan patah hati. Dia pergi ke kawasan kemalangan selepas itu.
“Kaur telah berkhidmat dengan kami selama sembila tahun dan dia antara pembaca berita terkemuka di negeri.
Seorang rakan sekerja Kaur memberitahu Hindustan Times: “Dia seorang yang sangat berani. Kami bangga mempunyai pembaca berita sepertinya, tetapi apa yang berlaku masih mengejutkan kami sehingga hari ini.”
The post mangsa kemalangan maut rupanya suami sendiri appeared first on Eberita.org.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2odFuhh✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment