Tunggu Alat Alih MH2718 Dari Kuala Lumpur
28
Berita
Malaysia Airlines (MAS) dan pihak berkuasa Lapangan Terbang Sibu kini dalam usaha mengalihkan pesawat penerbangan MH2718 yang tergelincir, malam tadi, keluar dari landasan.
MAS dalam kenyataannya, hari ini, berkata, pihaknya sudah menghantar peralatan mengalih pesawat dari Kuala Lumpur untuk operasi pengalihan dijalankan.
Menurutnya, Lapangan Terbang Sibu akan ditutup sehingga 8 malam ini, untuk memastikan operasi pengalihan pesawat dijalankan.
“Malaysia Airlines akan menghantar kit pemulihan pesawat dari Kuala Lumpur untuk membawa keluar pesawat B737-800 dari landasan penerbangan.
“Pasukan siasatan pesawat juga dalam perjalanan ke lokasi kejadian. Bagi membolehkan proses pengalihan pesawat itu, Lapangan Terbang Sibu akan ditutup buat sementara waktu hingga 8 malam ini.
“Lantaran itu, Malaysia Airlines membatalkan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Sibu pada 9 April 2017,” memetik kenyataan tersebut.
Semua penumpang dan anak kapal sudah menjalani pemeriksaan kesihatan dan mereka disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“MAS akan memberikan kerjasama penuh sepanjang penyiasatan insiden ini dijalankan,” katanya.
Dalam kejadian 10.17 malam tadi, pesawat MH2718 dari Kuala Lumpur ke Sibu tergelincir ketika mendarat berikutan hujan lebat.
Semua 61 penumpang termasuk dua kanak-kanak serta enam anak kapal berjaya keluar daripada pesawat Boeing 737-800 itu menggunakan pintu kecemasan.
Sumber: Harian Metro, Astro Awani
Foto: FB Muhd Badrul Aman
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment