“Do You Want To See Me In Naked Now?” – Lelaki Kongsi Pengalaman Ber-‘webcam’ Bersama Scammer Di Internet
Kawan, yang ini serius alias penting. Awas dan berhati-hatilah juga. Mungkin pada mata dan tanggapan kita scammer ini nampak bodoh dan cepat emosi apabila mereka yang termakan umpan yang kita pasang.
Begini, ada satu lagi cara yang agak keji biasa dibuat oleh puak-puak penipu di laman maya ini. Selepas berkenalan, mereka sedaya-upaya mempengaruhi kau supaya berbual bersama menggunakan kamera web atau lebih senang sebut webcam. Ada dua sebab mengapa mereka mahu berbual dengan cara saling melihat fizikal masing-masing.
Pertama, atas sebab kononnya mahu nampak seperti berlangsungnya sebuah mesyuarat. Nampak formal, bergantung kepada hal yang hendak dibincang. Biasanya jenis begini orangnya konon mahu menawarkan sesuatu yang bernilai wang dan menguntungkan kedua belah pihak. Ah, pada waktu inilah kau akan berasa terhormat dan dipandang tinggi kerana sedang berbual-bual mengenai kekayaan di dunia.
Sebab yang kedua, ha ini parah banyak. Si scammer ini orangnya jenis gila seks. Selepas jadi kawan Facebook, dia akan tanya itu ini kemudian ayat biasa sebelum dia masuk jarum ialah, ‘May I ask you something?’
Sah-sahlah kau tak akan jawab ‘No’ kan? Mustahillah.
Jadi selepas jawab ‘Yes’ apa dia akan buat? Ha ini dia ayatnya. ‘Do you want to see me in naked now?’
Baik, ini soalan KBAT. Agak-agak kau nak jawab ‘Yes.’ ataupun ‘Yes!’?
Ah tak kisahlah apapun jawapan kau tapi yang pasti, dia akan tawarkan untuk berbual melalui webcam supaya kau akan nampak dia dalam keadaan tanpa seurat benang.
Katanya dia sedang dalam keadaan ghairah tetapi bosan kerana sendiri. Maka kaulah yang diumpan sebagai pelepas… Pelepas apa? Fikir sendirilah ya.
Apakah tujuan mereka yang sebenar? Yang nyata, ini antara taktik kotor mereka juga. Entah apa punya pandai para scammer ini, imej kau yang terpapar pada kamera boleh pula mereka manipulasi, pindahkan ke situasi lain. boleh faham tak? Begini, selepas kau berbual dengannya melalui webcam, muka kau sebenarnya sudah dirakam siap-siap. Selepas itu, mereka pindahkan imej kau ke suatu tempat yang tak elok. Dalam erti kata lain, acara penuh maksiat!
Apa seterusnya selepas itu? Ya, selepas kau terkena jerat, pada masa ini kau akan lemah semangat, takut dan hampir putus nyawa. Mengapa? Kerana sang penipu ini akan mengugut kau seperti contoh membayar sejumlah wang kepada mereka jikalau tidak mahu rakaman palsu berimejkan kau itu disebar ke merata dunia. Dan kalau tak mampu bayar? Adalah kebarangkalian lain yang lebih teruk selain video disebar. Menjadi keldai dadah? Boleh jadi juga. pernah beberapa tahun yang lalu ada seorang pengacara televisyen menulis pada status Facebook beliau yang mana telah melalui pengalaman ini. Terpedaya dengan pujukan ber-webcam, rupanya dia dirakam berlaku seperti yang aku tulis di ataslah. Aku kurang pasti bagaimana ia berakhir. Yang penting, kita-kita ini perlu berhati-hati. Jangan pandang enteng akan mesej-mesej sebegini kawan.
Aku sendiri pernah dipelawa untuk ber-webcam. Aku setuju saja, lebih cepat daripada kilat si scammer buat panggilan video. Aku terima, muncul wanita orang putih. Aku tunjuk topeng hantu, kurang sepuluh saat terus aku kena block. Kah kah kah!
Bukan nak tunjuk pandai, tapi nak ingatkan kau supaya berhati-hati
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oSvY5V✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment