Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lapangan Terbang Sibu Terus Lumpuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lapangan Terbang Sibu Terus Lumpuh

KEADAAN di Lapangan Terbang Sibu selepas syarikat-syarikat penerbangan membatalkan penerbangan mereka hari ini. – Foto BERNAMA

SIBU: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Sibu terus lumpuh berlanjutan selama 16 jam dengan tempoh operasinya dijangka bersambung pada jam 12 tengah hari esok, berbanding jangkaan asal pada jam 8 malam ini.

Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir, berkata penutupan ini terpaksa dilakukan akibat beberapa lubang besar di kawasan sekitar landasan kapal terbang yang disebabkan oleh pergerakan tayar pesawat dalam insiden pesawat tergelincir malam semalam.

“Kami akan meneruskan kerja-kerja pembersihan landasan kapal terbang malam ini dan operasi masuk keluar pesawat di lapangan terbang Sibu hanya akan dibuka jam 12 tengah hari esok.

“Ia perlu dilaksanakan sebagai prosedur keselamatan dan kami telah mengeluarkan notis kepada syarikat penerbangan mengenai penutupan ini. Kami sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan semua operasi kembali kepada biasa,” katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Hari ini, sebanyak 48 penerbangan dibatalkan dengan lebih 3,787 penumpang terjejas selepas lapangan terbang Sibu tidak dapat beroperasi sejak tengah malam tadi.

Pada jam 10.17 malam semalam, pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH2718 tergelincir lalu terbabas sejauh 1.2 kilometer dari titik pendaratan akibat landasan licin ketika hujan lebat melanda lapangan terbang berkenaan.

Penerbangan yang dibatalkan termasuk pelepasan dan pendaratan dari Kuala Lumpur, Johor Bharu, Kuching, Miri, Bintulu dan Kota Kinabalu.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pgZejk

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.