Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keunikan ‘Mossy Forest’ Jadi Daya Tarikan Pendaki, Pemuda Ini Kongsi Tip Jika Ingin Mendaki Gunung Irau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keunikan ‘Mossy Forest’ Jadi Daya Tarikan Pendaki, Pemuda Ini Kongsi Tip Jika Ingin Mendaki Gunung Irau

Aktiviti riadah sudah pasti menjadi salah satu cara untuk kita mengeluarkan peluh juga mengisi masa lapang. Ada di antara kita yang berjoging, bermain futsal, berbasikal, atau mungkin juga mendaki.

Untuk aktiviti lasak seperti mendaki gunung ianya bukanlah tugas yang mudah, kerana perlu ketahui geografi gunung itu terlebih dahulu, juga stamina yang kuat.

Bagi saudara Zaky Mat Ali yang telah mendaki Gunung Irau, di Cameron Highlands, dia telah kongsikan beberapa tips yang boleh diikuti, dalam membuat persediaan, sebelum mendaki, juga semasa mendaki.

Mari kita ikuti perkongsian darinya untuk ketahui lebih lanjut.

Tip Pendakian Gunung Irau

1. Gunung Irau merupakan puncak tertinggi di Cameron Highlands dan gunung yang ke-15 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2110 meter. Ibarat “Fangorn Forest” di dalam filem, “Lord Of The Rings,” merupakan antara tarikan aktiviti pendakian kerana keunikan hutan lumutnya di gunung ini.

2. Untuk membuat pendakian Gunung Irau, terlebih dahulu perlu memohon permit dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Permohonan boleh dibuat secara atas talian dilaman web Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

3. Makluman keputusan permohonan akan di emel. Bagi bayaran permit, ia hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands.

4. Di nasihatkan membuat tempahan tarikh seawal mungkin kerana permit dikeluarkan hanya untuk 100 orang pendaki setiap hari. Yuran permit telah naik dari RM5 ke RM10 bermula Februari 2017 untuk seorang pendaki.

5. Sebelum pendakian, perlu ke Balai Polis Brinchang untuk memaklumkan maklumat pendakian seperti senarai ahli mendaki, waris yang boleh dihubungi, waktu dijangka tamat aktiviti mendaki dan sertakan salinan permit mendaki.

6. Perjalanan untuk ke tempat permulaan pendakian akan melalui ladang teh yang menghijau. Keadaan stuktur jalan telah pun dinaik pulih dari sebelumnya.

Walaubagaimanapun, keadaan jalan yang sempit dan banyak selekoh yang tajam memerlukan pemanduan yang lebih berhati- hati dan perlu membunyikan hon di setiap selekoh. Jika rasa tidak berkeyakinan untuk memandu sendiri, boleh menggunakan khidmat menyewa kenderaan ‘4×4’ yang banyak disediakan dengan harga yang berpatutan.

7. Biasanya pendakian mengambil masa 3 hingga 4 jam untuk sampai ke puncak bergantung kepada stamina masing- masing. Di nasihatkan memulakan pendakian awal pagi untuk mengelakkan aktiviti turun dilakukan pada lewat petang agar tiba di tempat permulaan pendakian sebelum waktu malam.

8. Peringkat permulaan trail agak mendatar dan laluan menurun sebelum trail mula mendaki. Ketika perjalanan, anda akan menjumpai pelbagai jenis bunga dan periuk kera serta mata disajikan dengan keindahan hutan yang berlumut yang menghijau.

Foto ahmadjunaidikasim

9. Selepas dua jam mendaki, akan sampai kawasan lapang yang dipanggil Anak Irau atau ‘False Peak’. Dari sini memakan masa lebih kurang satu jam 15 minit untuk sampai ke puncak.

10. Pendaki dinasihatkan memakai ‘windbreaker’ kerana suhu pada waktu pagi di sini sejuk sekitar 20- 22 Celcius. Boleh juga bawa bersama baju hujan atau ‘poncho’ sebagai persediaan jika hujan kerana cuaca di sini tidak menentu.

11. Oleh kerana sepanjang pendakian untuk ke puncak tiada sumber air, anda perlu membawa bekalan air yang secukupnya. Bawa juga makanan untuk memberi tenaga seperti pisang, coklat, makanan tengahari untuk makan di puncak dan jangan lupa bawa bersama ‘air kemenangan’.

12. Hampir sepanjang pendakian, trail basah, lecak dan berlumpur. Jika langkah tidak diatur dengan berhati-hati, anda boleh terjatuh di dalam lumpur separas lutut. Pakai kasut yang bersesuaian. Disarankan memakai kasut getah atau ‘Adidas Kampung’ kerana ia selesa dan senang dicuci.

13. ‘Glove ‘ atau sarung tangan juga perlu di pakai untuk mengelakkan kecederaan pada tangan apabila perlu berpaut pada dahan atau akar kayu semasa mendaki.

Foto peakery

14. Barang – barang lain sebagai langkah persediaan yang perlu di bawa seperti ubatan atau ‘basic first aid’ (minyak panas, pembalut luka, bandage), ‘headlamp’, wisel, pisau kecil, ‘lighter’ dan juga bawa bersama hati yang gembira.

15. Jaga alam sekitar dan jangan membuang sampah merata- rata. Jangan ambil apa- apa kecuali gambar. Jangan tinggalkan apa- apa kecuali jejak kaki.

16. Lakukan latihan fizikal beberapa minggu sebelum mendaki agar mendapat stamina yang baik. Berdoalah agar keaadan kesihatan dalam keadaan yang terbaik. Perbetulkan niat semoga aktiviti mendaki ini dinilai sebagai satu ibadah disisi Allah S.W.T.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ntBLyM

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.