Lelaki Ini Sedang Berusaha Dapatkan 18 Juta Retweet Untuk Dapatkan Bekalan Nugget Percuma Setahun, Turut Disokong Google, Microsoft & Syarikat-Syarikat Besar Lain
Semuanya bermula dengan satu soalan liar sahaja dan satu respon spontan dari restoran makanan segera, Wendy. Dan kini, ia menjadi antara tweet yang paling popular di Twitter.
Seorang lelaki berusia 16 tahun bernama Carter Wilkinson menulis beberapa tweet kepada Wendy pada Rabu menanyakan berapa retweet diperlukan olehnya supaya Wendy boleh memberikannya bekalan nugget secara percuma selama tahun.
Dan Wendy dengan selamba membalas “18 juta”.
Memulakan cabarannya untuk mengaut 18 juta retweet, Carter memuat naik screenshot perbualannya dengan Wendy.
“Tolong saya, seorang lelaki yang memerlukan nugget darinya (Wendy).” tweet Carter.
Sejak dari Rabu, tweet itu kini sudah berjaya mengumpul lebih satu juta retweet.
Tapi, apa yang lebih mengujakan usaha Carter itu bukan sahaja menarik minat netizen biasa, malah turut mendapat perhatian dari syarikat besar lain seperti Google dan Microsoft.
Antara syarikat lain yang turut me-retweet tweet itu adalah Amazon dan juga syarikat penerbangan United. United pula berkata pihaknya akan memberi satu penerbangan kepada Carter untuk terbang ke mana sahaja lokasi Wendy yang dimahukannya.
“Kalau kamu dapat 18 juta retweet, kami akan berikan kamu satu penerbangan percuma kemana-mana Wendy dalam dunia ini (kawasan yang kami sediakan penerbangan). Semoga berjaya.” tulis United.
18 juta retweet bukannya sesuatu yang mudah untuk diperoleh. Malah, status yang paling banyak di retweet setakat ini adalah tweet dari Ellen Degeneres yang mengaut retweet sebanyak 3.3 juta.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nX89WN✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment