Hi! Welcome Back and Stay Tune! MEF Sokong Jika Umur Persaraan Kekal 60 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MEF Sokong Jika Umur Persaraan Kekal 60 Tahun

KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menegaskan, umur persaraan pekerja tidak perlu ditingkatkan dan kekal kepada 60 tahun.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan menjelaskan, sebarang usaha untuk menaikkan umur persaraan hanya boleh dilakukan secara sukarela bagi pihak majikan mahupun pekerja.

“Saya lebih gemar untuk tidak meningkatkan umur bersara mandatori yang ada kerana saya lebih gemar ia dikekalkan pada 60 tahun dan apa juga pekerjaan yang melebihi 60 tahun itu adalah di atas sukarela di antara pekerja dan majikan sendiri,” katanya semasa dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui penggunaan pekerja melebihi usia pencen boleh mengurangkan kebergantungan kepada pekerja warga asing.

Dalam pada itu, katanya, polisi dan insentif tertentu termasuk pengecuali cukai harus diberikan kepada pekerja yang secara sukarela bekerja pada usia melebih 60 tahun.

“Pada hemat saya mereka telah bayar cukai bekerja semasa muda sehingga bersara dan ini akan menggalakkan warga emas bekerja dan untuk majikan yang mengambil warga emas kerja harus diberi cukai contoh insentif double tax deduction (tolakkan cukai berganda) kepada warga emas,” tambahnya.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata cadangan menaikkan umur persaraan lebih daripada 60 tahun perlu dikaji secara mendalam.

Katanya, ketika ini kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan umur persaraan mandatori itu yang dilaksanakan sejak 2012.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2odI0FC

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.