Bayi Ditemui Di Tempat Menunggu Bas HSB
ALOR SETAR: Orang awam yang sedang menunggu bas terkejut apabila menemui bayi yang dibalut dengan tudung putih serta diselimuti dengan tuala berwarna coklat di tempat menunggu bas berhadapan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
Mereka kemudian bertindak memanggil pengawal keselamatan yang berada di pondok pengawal untuk memaklumkan penemuan kira-kira jam 6.45 pagi Ahad itu.
Pengawal terbabit kemudiannya bertindak menghubungi unit kecemasan HSB.
Sejurus kemudian, pasukan unit penggerak ambulan yang diketuai Nik Mohd Nor Azam Nik Aziz tiba ke lokasi dan mendapati bayi lelaki yang masih bertali pusat dalam keadaan kesejukan.
Pemeriksaan mendapati seluruh badan bayi itu dipenuhi rumput hijau dan terdapat kemerahan pada badannya dipercayai kesan gigitan serangga.
Bayi itu kemudian dihantar ke unit rawatan rapi (ICU) HSB dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nWZrIa✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment