Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Tahan Dua Lelaki Terlibat Kes Samun Di Kuantan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Tahan Dua Lelaki Terlibat Kes Samun Di Kuantan

KUANTAN: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes samun di sekitar bandar ini dalam serbuan di sebuah rumah dekat Air Putih, di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, serbuan dilakukan pukul 8 malam oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan setelah menerima maklumat orang awam.

“Sebaik menyedari kehadiran polis, kedua-dua suspek yang berusia 20 tahun cuba melarikan diri menyebabkan berlaku pergelutan sebelum mereka ditahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hasil pemeriksaan di dalam rumah itu, polis menemui sebilah parang panjang selain turut menyita sebuah kereta jenis Proton Saga dipercayai milik seorang suspek.

Kedua-dua suspek yang juga positif dadah kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oRUKmB

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.