Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas Langgar Babi Hutan, Penunggang Motosikal Maut Digilis Kereta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas Langgar Babi Hutan, Penunggang Motosikal Maut Digilis Kereta

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor babi hutan sebelum terjatuh dan digilis kereta.

Mangsa, Mohd Atan Monadam, 52, maut serta-merta di tempat kejadian di Kilometer 4, Jalan Parit Raja Darat, Batu Pahat, 7.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Parit Raja Darat menghala ke pekan Parit Raja.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa melanggar seekor babi hutan yang melintas menyebabkan dia terjatuh ke jalan.

“Tidak lama selepas itu, sebuah kereta yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa, motosikal serta babi hutan itu,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pemandu wanita berusia 45 tahun itu, tidak cedera namun trauma selepas berlaku kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pgOp0z

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.