Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gadis trauma Dirogol sepupu sebanyak 15 kali sejak usia 10 tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gadis trauma Dirogol sepupu sebanyak 15 kali sejak usia 10 tahun

Gara-gara berajakan nafsu binatang, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun tergamak menjadikan sepupunya yang masih bersekolah rendah sebagai hamba seks dengan merogolnya sebanyak 15 kali sejak dua tahun lalu dalam kejadian di sebuah kawasan Felda.



Dalam tempoh dua tahun itu juga lantai rumah bahagian dapur bersebelahan meja makan menjadi tempat remaja terbabit melampiaskan nafsunya ketika bapa, nenek dan ahli keluarga lain nyenyak tidur diulit mimpi.
Namun perbuatan terkutuk remaja itu akhirnya terbongkar apabila bapa suspek sendiri melihatnya anaknya itu sedang memperkosa anak saudaranya yang berusia 12 tahun ketika dia mahu ke dapur dan membuka lampu dapur dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Ahad lalu.

Berang dan terkejut dengan perlakuan itu, bapa suspek memukul suspek dan sejurus berita buruk itu diberitahu ibu mangsa berumur 42 tahun menetap di Johor, ibu mangsa segera pulang sebelum membuat laporan polis


 Difahamkan, mangsa dan suspek dijaga nenek kandung mereka berusia 60 tahun dan tinggal di rumah itu bersama bapa suspek dan seorang lagi bapa saudara.

Ketua Polis  berkata, berdasarkan hasil soal siasat mangsa mengakui dalam kejadian malam Ahad lalu dia yang sedang mengemas buku di dalam bilik secara tiba-tiba didatangi sepupunya yang kemudian mengajaknya ke bahagian dapur lantas lampu dapur ditutup lalu mengajak mangsa melakukan seks sebelum perbuatan terkutuk itu disedari bapa suspek sendiri.

Hasil soal siasat, mangsa mengakui telah dirogol oleh sepupunya sebanyak 15 kali sejak dia berusia 10 tahun hingga menyebabkannya ketagihan seks dan perkara itu tidak diketahui sesiapa.

Menurutnya, bertindak daripada laporan dibuat, polis menyerbu rumah berkenaan tetapi gagal menangkapnya kerana suspek terlebih dahulu melarikan diri bersama pakaian mangsa iaitu seluar dalam, seluar dan baju dipakai ketika mangsa dirogol kali terakhir.

Katanya, sehubungan itu suspek kini sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat,” katanya.


Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p8REK4

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.