Hi! Welcome Back and Stay Tune! BEKAS TIMBALAN PRESIDEN YAPEIM DITAHAN SPRM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BEKAS TIMBALAN PRESIDEN YAPEIM DITAHAN SPRM

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Bekas Timbalan Presiden Yapeim kerana dipercayai telah melakukan kesalahan pecah amanah dengan menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Tangkapan itu adalah susulan daripada tangkapan ke atas seorang Pengarah Kanan Yayasan Pembagunan Islam Malaysia (Yapeim) yang direman selama lima hari semalam (Rabu) atas kesalahan yang sama.

Suspek berusia 69 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir untuk memberi kenyataan berhubung siasatan kes tersebut kira-kira pukul 1 petang Khamis.

Hasil siasatan mendapati suspek telah bersubahat dengan Pengarah Kanan Yapeim bagi menyeleweng wang dana Yapeim berjumlah RM223,000 yang kononnya diperuntukkan untuk sebuah program sumbangan kepada golongan miskin di daerah Rompin pada 2015.
Bagaimanapun, menerusi maklumat yang diterima, tiada seorang pun yang menerima wang sumbangan daripada program tersebut. Wang tersebut diperuntukkan untuk sumbangan kepada 23 buah rumah serta bantuan wang tunai kepada 1,000 golongan fakir dan miskin.

Kedua-dua suspek dipercayai telah mengemukakan nama-nama penerima sumbangan dengan menggunakan maklumat kad pengenalan yang tidak wujud serta penama yang telah meninggal dunia sebelum program tersebut dijalankan.

Pengarah Siasatan SPRM, Dato Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes tersebut disiasat mengikut seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, menurut laporan terkini pukul 7 malam, suspek dibebaskan selepas diambil keterangan.

– Mstar

.



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pEiM5o

✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.