USUL PUTUS TAHALLUF SIYASI BERSAMA PKR DITERIMA
ALOR SETAR – Usul memutuskan tahalluf siyasi bersama PKR diterima sebulat suara pada Muktamar Dewan Ulamak Pas Pusat.
Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat tahalluf siyasi dengan Pas, Muktamar Dewan Ulamak Pas Pusat bersetuju mengusulkan agar tahalluf siyasi antara Pas dan PKR diputuskan.
Bagaimanapun katanya, usul tersebut tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak menurut peruntukan perlembagaan parti.
“Usul yang turut diterima sebulat suara, ialah Perdana Menteri Malaysia hendaklah Melayu Muslim dan melengkapi syarat pemimpin Islam.
“Kepimpinan negara adalah amanah menegakkan Islam selain mentadbir negara dengan agama Islam, sebagaimana disepakati fuqaha dalam Islam,” katanya.
Katanya, dalam konteks Malaysia 60.4 peratus rakyat Malaysia adalah kalangan Muslim Melayu.
“Jawatan Perdana Menteri merupakan kuasa eksekutif tertinggi yang menjalankan kuasa pentadbiran yang berkuasa menentukan sesebuah pentadbiran sentiasa berasaskan prinsip Islam bagi menegakkan agama,” katanya.
Menurutnya, Islam merupakan agama bagi Persekutuan sebagaimana diperuntukkan dalam artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang mesti ditafsirkan dengan maksud Islam sebagai ad-Din.
“Kita mengusulkan agar Pas Pusat menerusi ahli-ahli Parlimennya mendesak kerajaan Malaysia membuat pindaan Perlembagaan Malaysia supaya jawatan Perdana Menteri hendaklah hanya kalangan warganegara Muslim berbangsa Melayu yang melengkapi syarat kepimpinan dalam Islam'” katanya.
– SH
.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pn7AXL
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment