Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fasa kedua MRT antara Kajang dan Muzium Negara dibuka pada 4 petang, Isnin ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fasa kedua MRT antara Kajang dan Muzium Negara dibuka pada 4 petang, Isnin ini

KUALA LUMPUR: Fasa Kedua Laluan MRT antara Kajang dan Muzium Negara akan dibuka kepada orang ramai mulai 4 petang pada 17 Julai 2017, selepas majlis pelancaran fasa tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Menurut Datuk Ir. Zohari Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, yang mengendalikan Laluan MRT Sungai Buloh - Kajang tersebut, orang ramai boleh mengambil kesempatan ini untuk menaiki tren MRT dari Stesen Kajang ke Stesen Muzium Negara, yang dihubungkan ke Stesen KL Sentral melalui laluan pejalan kaki bawah tanah mulai 4 petang sehingga tamat waktu perkhidmatan MRT pada 17 Julai.

“Hubungan ke Fasa Pertama Laluan LRT Sungai Buloh - Semantan dan juga ke stesen-stesen integrasi Laluan MRT Kelana Jaya, LRT Laluan Sri Petaling, dan LRT Laluan Ampang hanya akan dibuka bermula 6 pagi pada hari berikutnya, pada 18 Julai,” kata Zohari.

Dengan jajaran keseluruhan sepanjang 51km merentasi 31 stesen, termasuk tujuh stesen bawah tanah, Laluan MRT Sungai Buloh - Kajang berintegrasi dengan Laluan LRT di stesen-stesen Pasar Seni, Maluri, dan Merdeka, yang berintegrasi dengan stesen LRT Plaza Rakyat.

Jajaran ini turut mempunyai kemudahan sambungan dengan rangkaian LRT, monorel, KTM dan ERL di Stesen Muzium Negara, yang dihubungkan dengan stesen KL Sentral.

Stesen MRT Bukit Bintang juga disambungkan dengan stesen monorel Air Asia - Bukit Bintang.

Serentak dengan pembukaan Fasa Kedua Laluan MRT ini, perkhidmatan bas perantara untuk stesen-stesen yang baru dibuka turut dimulakan, sekali gus meluaskan liputan bas perantara yang disediakan oleh Rapid Bus Sdn Bhd kepada 23 laluan tambahan merentasi 12 stesen MRT yang baru.

Sebanyak 100 bas perantara tambahan disediakan untuk menghubungkan penduduk di kawasan-kawasan perumahan dan komersial yang berhampiran dengan stesen-stesen MRT terpilih.

Fasa pertama antara Sungai Buloh dan Semantara mula beroperasi pada 16 Disember tahun lepas selepas dirasmikan oleh Perdana Menteri pada hari sebelumnya dengan purata 15,000 penumpang sehari.

Jumlah penumpang harian ini dijangka meningkat ke 150,000 hasil impak daripada kemudahan integrasi (Integration) dan sambungan (connecting) dengan rangkaian-rangkaian sistem perhubungan rel bandar yang lain.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2urAgnZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.